Terbuka India: Teo Ee Yi sah tarik diri kerana masalah visa
Muzaffar Musa
January 15, 2024 15:17 MYT
January 15, 2024 15:17 MYT
Pemain beregu lelaki profesional negara, Teo Ee Yi, terlepas saingan Terbuka India bermula esok gara-gara masalah visa.
Menurut perkongsian wartawan Astro Arena, Syifa Nasir, insiden itu berlaku atas kecuaian pemain itu sendiri, di mana dia membuat permohonan visa menggunakan pasport yang sudah tamat tempoh.
Kejadian itu juga menyaksikan Ee Yi sekali lagi terlepas peluang untuk merebut mata berharga menerusi kejohanan bertaraf Super 750 itu dalam usahanya melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024 bersama Ong Yew Sin.
Sebagai rekod, Ee Yi dan Yew Sin kini sedang menduduki tangga ke-11 dalam perlumbaan ke Paris.
After back from injury, in form but suffered another QF exit, now… It’s okay, look at the bright side… more time to training & rest ?? @ee_yi_111 pic.twitter.com/xSLaWZNrok
— Syifa Nasir (@syfansr) January 15, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.