Terbuka Finland: Juara Terbuka China, Sze Fei-Nur Izzuddin lolos ke suku akhir
Najmi Iman
October 10, 2024 18:47 MYT
October 10, 2024 18:47 MYT
Juara Terbuka China, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, terus mempamerkan kecemerlangan berterusan apabila melayakkan diri ke suku akhir Terbuka Arctic di Finland, selepas membenam Kenya Mitsuhashi-Hiroki Okamura, sebentar tadi
Gandingan beregu lelaki profesional negara itu, cemas sebelum mendapatkan kemenangan dalam set pertama 21-16 yang menyaksikan mereka berdua bijak mengawal situasi perlawanan dengan tidak melakukan kesilapan mudah.
RESULTS: #ArcticOpen2024 R16#MAS?? Goh Sze Fei-Izzuddin Rumsani(5) def. #JPN?? Kenya Mitsuhashi-Hiroki Okamura 21-16 21-16 ⏱️ 41m ? @badmintonphoto#BadmintonMalaysia#DemiMalaysia pic.twitter.com/9UgAgbcfsn
— BAM (@BA_Malaysia) October 10, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pertemuan kali kedua itu menyaksikan lawan daripada ranking ke-20 itu buntu mencari mata penyamaan ekoran dominasi penuh oleh Sze Fei-Izzuddin yang kerap memberi tekanan kepada mereka.
Tanpa melengahkan masa, pilihan kelima kejohanan terus mengutip mata berharga 18-14 sebelum menutup aksi dengan kemenangan straight set di Vantaan Energia Areena untuk mara ke pusingan seterusnya.