Perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia, mendapat tonik untuk bersaing dalam kejohanan Badminton Terbuka Denmark apabila bakal menggunakan raket baru dalam kejohanan itu.
Perkembangan itu diumumkan sendiri pemain berusia 24 tahun itu sambil memberitahu dia menandatangani kontrak penajaan bersama Victor, iaitu sebuah syarikat pengeluar barangan sukan dari Taiwan, sekali gus diberikan penghormatan untuk menggunakan raket model baru TK-Ryuga II, yang dilancarkan Ogos lalu.
"Anda semua mungkin perasan bahawa saya menggunakan TK-Ryuga baru-baru ini.
"Sepanjang bulan lalu, saya beberapa kali mengadakan perbincangan dengan pasukan saya untuk menyelaraskan perancangan latihan dan meningkatkan prestasi. Saya mencadangkan perubahan raket saya.
"Bagaimanapun, pada masa ini, saya memutuskan untuk menggunakan TK-Ryuga, saya sudah gunakan untuk tempoh yang lama dan berharap dapat mengembalikan perasaan sebelum ini," katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya.
Zii Jia membuat hantaran berkenaan sebagai penjelasan kepada peminatnya yang menimbulkan persoalan di media sosial mengenai pertukaran raket pemain itu ketika sesi latihan.
Raket model TK-Ryuga boleh dianggap istimewa buat pemain nombor tiga dunia itu yang menyaksikan dia berjaya meraih kejuaraan Seluruh England 2021 ketika masih bernaung di bawah Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang ketika itu turut ditaja Victor.
"Saya benar-benar berterima kasih kepada @victorsport_official kerana menerima idea saya dan meletakkan prestasi dan keperluan saya sebagai keutamaan. Sokongan dan kepercayaan mereka membolehkan saya menyahut cabaran ke depan.
"Saya sentiasa gembira mendapat sokongan kuat daripada pasukan saya, keluarga, semua peminat dan penaja saya. Saya akan melakukan segala yang mampu untuk mengembalikan Lee Zii Jia yang tidak gentar dan membuat permulaan yang baru," katanya.
Dalam kejohanan Terbuka Denmark, Zii Jia akan memulakan kempen menentang pemain Belanda, Mark Caljouw, dalam aksi pusingan pertama.
Kredit: Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Oct 13 2022
Masters Jepun: Jonatan Christie bangkit singkirkan Lee Zii Jia
Pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia, meneruskan rentak cemerlang dalam Kejohanan Badminton Masters Jepun apabila mengesahkan slot ke separuh akhir sebentar tadi.
Info Siaran Masters Jepun: Saksikan Lee Zii Jia bertemu Jonathan Christie
Pemain perseorangan negara bakal turun ke gelanggang bakal memburu slot ke separuh akhir Masters Jepun!
Masters Jepun: Justin Hoh beri tentangan cukup hebat sebelum tersingkir di tangan Lee Zii Jia
Perseorangan meningkat naik negara, Justin Hoh, memberikan tentangan cukup hebat kepada perseorangan nombor satu Malaysia, Lee Zii Jia, sebelum tersingkir dalam pusingan pertama Kejohanan Badminton Masters Jepun di Kumamoto sebentar tadi.
Kota Rom tidak dibina dalam sehari -- Lee Zii Jia
Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia, terlibat dalam sesi bertemu dua peminat muda dan berkongsikan cita-cita terbesarnya dalam sukan badminton iaitu untuk menjadi juara dunia.
Smash Zii Jia 'terpaling kencang' di Terbuka Arctic!
Perjalanan pemain profesional perseorangan negara, Lee Zii Jia, tidak seperti yang diharapkan dalam saingan Terbuka Arctic yang berlangsung di Energia Arena, Finland minggu lalu.
Terbuka Denmark: Lee Zii Jia tarik diri
Perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia yang juga naib juara menarik diri daripada kejuaraan Super 750 kali ini selepas mengalami kecederaan buku lali.
Terbuka Finland: Cabaran Lee Zii Jia berakhir, Pearly Tan-M. Thinaah mara
Impian pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia untuk mempertahankan kejuaraan Terbuka Artik Super 500 tidak kesampaian apabila tewas kepada bintang Jepun, Koki Watanabe pada Jumaat.
Terbuka Finland: Siaran Langsung & Live Streaming Lee Zii Jia vs Koki Watanabe
Lee Zii Jia meneruskan rentak cemerlang dalam Terbuka Finland apabila menempah tiket ke pertarungan suku akhir, malam ini.
Terbuka Finland: Lee Zii Jia mara ke suku akhir, menang straight set berdepan wakil Jepun
Terbuka Finland: Siaran Langsung & Live Streaming Lee Zii Jia vs Yushi Tanaka
Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia akan beraksi dalam pusingan 16 Terbuka Finland menentang pemain perseorangan lelaki Jepun, Yushi Tanaka.
Russell: Drivers 'a bit fed up' of FIA leadership
Russell: Drivers bit fed up of FIA
Slot deserves praise for modest approach to Liverpool job – Mills
Slot hailed for modest approach
Rodri: Messi is the greatest player of all time, without any doubt
Rodri names Messi the GOAT
Bompastor pleased with Chelsea's rotated side in 3-0 Champions League win over Celtic
Bompastor pleased with Celtic win
Silva expects Iwobi to hit new heights for in-form Fulham
Preview: Fulham v Wolves
China Masters: Pang Ron-Su Yin stun world number three as doubles pairs excel
Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin produced a shock upset at the China Masters after they stunned second seeded home pair, with Chen Tang Jie-Toh Ee Wei and Goh Sze Fei-Nur Izzuddin joining them in the quarter-finals.
NBA: Brunson, Towns combine for 70 to keep Knicks hot
Brunson, Towns keep Knicks hot
Ndiaye targets spot in Everton's Goodison folklore
Preview: Everton v Brentford
Bayern finances could thwart deal for Leverkusen's Wirtz
Wirtz to Bayern may not be possible
Chelsea into Champions League quarter-finals with two games to spare
Chelsea, Lyon qualify in UWCL