Terbuka China: Wei Chong-Kai Wun kejutkan juara dunia

Shaiful Shamsudin
September 19, 2024 15:55 MYT
Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, menghitung pertemuan dengan rakan senegara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani, selepas menundukkan juara dunia, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae, dari Korea Selatan dalam pusingan kedua Terbuka China 2024 di Gimnasium Xincheng, China, sebentar tadi.
Mereka menundukkan wakil dari Korea Selatan itu 21-18, 21-19 untuk kemaraan ke peringkat suku akhir esok.
Sementara itu, beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee We, terkandas selepas terpaksa akur kepada gandingan Indonesia, Dejan Ferdinansyah-Gloria Emanualle Widjaya, 15-21, 21-13, 9-21.
Justeru, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin yang mengatasi rakan seperjuangan, Yap Roy King-Valeree Siow dengan straight set akan menjadi cabaran seterusnya buat Ferdinansyah-Gloria dalam suku akhir.
#badminton
;