Perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia, bertembung dengan rakan senegara, Soong Joo Ven, seawal pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Australia, sebentar tadi.

Bagaimanapun, wakil India, S.Sankar Muthusamy Subramanian, tidak memberikan Zii Jia laluan mudah apabila mengheret pertemuan ke tiga set yang berlanjutan selama 1 jam 4 minit di Sydney.

Pemain pilihan ketiga kejohanan merangkap kelapan dunia itu terlebih dahulu menawan set pertama 21-16.

Tetapi beberapa kesilapan sendiri menuju penghujung set kedua memakan dirinya yang tewas 18-21.





Dan kegusaran peminat Malaysia terlerai apabila dia mudah memenangi set ketiga 21-10.

Soong Ven pula mengatasi Victor Lai 21-12, 21-16 dan dijadual bertemu Zii Jia dalam pusingan 16 kejohanan bertaraf super 500 itu pagi esok.

KEPUTUSAN LAIN:

Perseorangan wanita

K Letshanaa tewaskan Ira Sameer Acharya 21-6, 21-5

Beregu campuran
Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin tewaskan Kona Tarun-Sri Priya Kudaravalli 21-6, 21-11

Tan Kian Meng-Lai Pei Jing tewaskan Ephraim Stephen Sam-Dania Nugroho 21-13, 21-13

Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien kalah kepada Reddy B Sumeeth-Reddy Sikki 17-21, 19-21

Choong Hon Jian-Go Pei Kee tewaskan Rehan Kusharjanto-Lisa Kusumawati 24-26, 21-17, 21-14

Yap Roy King-Valeree Siow tewaskan Vincent Lawrencio-Lousia Ma 21-4, 21-5

Chok Ken Wei-Kok Yew Tung tewaskan Pit Seng Low-Toby Wong 21-8, 21-12

Wong Ling Ching kalah kepada Anupama Upadhaya 14-21, 21-23