Tenis Kejohanan Wimbledon: Andy Murray yakin beri cabaran

Shaiful Shamsudin
July 5, 2023 04:54 MYT
Andy Murray yakin dengan peluangnya dalam Terbuka Wimbledon selepas tampil meyakinkan di Gelanggang Tengah itu di hadapan Puteri Wales dan seteru lamanya, Roger Federer.
Juara dua kali itu menewaskan rakan senegaranya, Ryan Peniston, dengan kemenangan 6-3, 6-0 dan 6-1 untuk mara ke pusingan kedua Wimbledon buat kali ke-15 berturut-turut, awal pagi tadi.
Federer -- yang kerjayanya telah diraikan menerusi video pendek sebelum permainan bermula -- sementara Kate Middleton memastikan mereka kembali di barisan hadapan Tempat Duduk Diraja tepat pada masanya sebelum pertembungan di antara wakil British berkenaan.

Tennis Royalty watching on ?@andy_murray and @rogerfederer share a wholesome exchange on Centre Court#Wimbledon pic.twitter.com/X1U5XHh0U5

— Wimbledon (@Wimbledon) July 4, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sudah 11 tahun sejak Murray ditewaskan oleh pemain handalan Switzerland itu dalam penentuan kejuaraan Wimbledon pertamanya dan dia benar-benar percaya bahawa hari-harinya untuk mencabar kejuaraan di sini belum berakhir.
“Saya bermain cukup baik untuk pernah menewaskan kebanyakan pemain yang berada dalam saingan ini,” kata Murray.
"Secara fizikal, saya berasa bagus."
Federer memuji Murray atas persembahannya dan pemain Scotland itu seronok dapat bersaing di hadapan seteru lamanya tersebut ketika dalam beberapa detik paling penting kariernya.
#Andy Murray #Tenis #Terbuka Wimbledon