Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, tidak panik apabila jurulatih, Hendrawan, tidak dapat mengiringi perjuangannya dalam Kejohanan Seluruh England, 7-12 Mac ini.
Seluruh England akan menjadi kejohanan pertama Chong Wei dalam tempoh tiga bulan selepas disahkan pulih daripada kecederaan lutut hari ini, sekali gus menguji aspek kecergasan dan corak permainannya.
Keputusan Hendrawan tidak ke Birmingham kerana masalah kesihatan, dilihat tidak akan memberikan masalah buat Chong Wei di sana.
"Semua bergantung kepada diri sendiri kerana ia lebih penting sementara jurulatih pula akan duduk di belakang untuk memberi pandangan," kata Chong Wei.
"Hendrawan akan berehat panjang dan buat masa ini, Tey Seu Bock (penolong jurulatih) akan mengiringi saya dalam Seluruh England dan beberapa kejohanan akan datang."
Kali terakhir Chong Wei mencabar pentas antarabangsa ialah Siri Super Final Dunia di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), awal Disember lalu, yang menyaksikan dia terkandas dalam peringkat kumpulan.
Tinjauan dalam sesi latihan di Bukit Kiara hari ini menyaksikan lutut Chong Wei masih berbalut dan sesekali menerima rawatan.
Pemain berada di ranking pertama dunia berkenaan sedar masalah itu akan menjadi penghalang utamanya untuk tidak perlu meletakkan sasaran tinggi di Birmingham walaupun hadir dengan reputasi sebagai juara tiga kali.
"Mungkin ini adalah edisi Kejohanan Seluruh England kedua terakhir saya," tambahnya.
"Kejohanan yang bakal saya sertai semakin kurang. Maka, saya akan memberi tekanan kepada diri sendiri untuk menjiwai kejohanan kerana selepas penampilan di Dubai, saya berehat selama tiga bulan.
"Kebiasaannya, saya juga ada menyertai kejohanan bertaraf liga. Selepas berehat dan ditimpa kecederaan selepas Tahun Baru Cina, kini saya lebih fokus."
Public Anonymous User
Tue Feb 28 2017
NBA: Maxey, 76ers stun Knicks with late rally for OT win in Game 5
76ers rally late to stun Knicks
Ancelotti lauds Real Madrid goalscorer Vinicius after first-leg double
Vinicius Junior scored twice for Real Madrid as they drew 2-2 with Bayern Munich in the Champions League semi-finals.
Nadal slumps out of Madrid Open as farewell appearance comes to a halt
Nadal out of Madrid Open
Champions League success does not define Bayern move, says Kane
Kane: UCL doesn't define success
Coventry City 1-2 Ipswich Town: Burgess puts Tractor Boys on brink of promotion
Report: Coventry 1-2 Ipswich
Kane sets Champions League record as Bayern draw with Real Madrid
Data Debrief: Bayern 2-2 Madrid
Vinicius double drags Madrid back into Champions League semi-final after Bayern draw
Report: Bayern 2-2 Real
Al Ittihad 1-2 Al Hilal: Holders into King's Cup final
Report: Al Ittihad 1-2 Al Hilal
Nortje makes international return for South Africa's T20 World Cup squad
Nortje back in the fold
Auger-Aliassime gets the better of Ruud as Medvedev hits Masters 1000 milestone
Ruud downed by Auger-Aliassime