Beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, mempamerkan peningkatan ketara dalam ranking dunia selepas muncul naib juara Kejohanan Badminton Asia minggu lalu.

Menerusi kemas kini terbaharu yang dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Selasa, Sze Fei dan Nur Izzuddin melonjak empat anak tangga untuk berada di kedudukan ke-15 dunia dan secara tidak langsung mencatatkan kedudukan tertinggi mereka dalam tempoh 13 bulan.

Ia merupakan lonjakan ketara sejak digandingkan semula pada Jun tahun lalu.

Mereka berdua turut tersenarai dalam pemain yang akan ke saingan Piala Thomas di Chengdu, China, akhir bulan ini.