Sze Fei-Nur Izzuddin dalam fasa sesuaikan diri dengan kancah profesional

Saufi Tahir
September 5, 2024 19:17 MYT
Selepas secara rasmi meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan bergerak secara profesional bermula 1 September lalu, hari ini genap sudah latihan hari yang keempat Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani bersama pemain profesional lain di Sri Petaling hari ini.
Jurulatih beregu profesional negara, Rosman Razak, membimbing kelompok pemain profesional yang terdiri daripada beregu campuran, Goh Soon Huat-Shevon Lai, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing serta beregu lelaki Ong Yew Sin-Teo Ee yi.
Bagi Rosman, kehadiran gandingan FEIDIN ini mampu memberikan impak positif dalam kalangan pemain yang bernaung di luar kem BAM agar saling membantu untuk mempertingkatkan prestasi masing-masing.
Ia secara tidak langsung mewujudkan saling situasi membantu memandangkan pemain mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk mencipta kejayaan manis buat negara.

THANK YOU, FEIDIN ???? BAM deeply appreciates the dedication and sacrifices made by Sze Fei and Nur Izzuddin Rumsani. Their invaluable contributions have brought honor and glory to Malaysia, highlighted by numerous tournament victories. Sze Fei, born in Melaka, joined BAM in… pic.twitter.com/sj9nbM7Hn5

— BAM (@BA_Malaysia) September 1, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Beregu di kedudukan ke-12 dunia itu muncul menjuarai saingan Terbuka Jepun pada 25 Ogos lalu sebelum bergelar sebagai pemain profesional secara rasmi 1 September lalu.
"Hari ini hari keempat mereka berlatih bersama dengan pemain-pemain lain dan kelihatan mereka dalam fasa menyesuaikan diri dari aspek gelanggang dan sistem latihan.
"Sesuatu yang baru buat mereka tetapi saya lihat mereka tiada masalah. Jadi penyesuaian diri mereka bukan sesuatu yang janggal.
"Saya juga berasakan ia adalah situasi menang-menang buat semua pemain. Itu adalah tujuan kita berlatih bersama, kita akan saling membantu, berlatih bersama serta mempunyai matlamat yang sama." katanya kepada Nadi Arena.
#badminton #BAM #Persatuan Badminton Malaysia #Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani
;