Setiausaha kehormat Persatuan Badminton Pulau Pinang, Leong Kin Weng, mengesahkan bahawa mereka terpaksu akur kehilangan satu pingat emas dalam acara badminton perseorangan wanita apabila Goh Jin Wei memilih untuk menarik diri daripada Sukan Malaysia (Sukma) di Majlis Sukan Negara (MSN).

Pemain profesional berusia 22 tahun itu terpaksa mengambil keputusan berkenaan kerana perlu menyertai Kejohanan Badminton Cabaran Antarabangsa India demi memastikan dia dapat berada dalam kelompok 32 pemain terbaik dunia musim depan.

Kin Weng berkata kepada wartawan Nadi Arena, Syakirah Zulkfly: "Dengan dia tidak dapat beraksi, ia bermakna kami kehilangan pingat emas.

"Sebelum ini, kami menyasarkan dua pingat emas, satu daripadanya dan satu dalam acara berpasukan lelaki.

"Lebih malang lagi, acara berpasukan juga digugurkan, jadi kami terpaksa kehilangan dua emas.

"Sekarang ini, kami hanya menyasarkan pingat perak atau gangsa dalam acara perseorangan atau beregu lelaki," katanya.