Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia, berharap aksi sederhana yang dipamerkan dalam Kejohanan Siri Antarabangsa Malaysia, minggu lalu, tidak menggugat rentaknya menjelang Sukan SEA Kuala Lumpur, bulan depan.
Zii Jia dan Iskandar Zulkarnain Zulkarnain menjadi taruhan negara dalam acara perseorangan lelaki serta berpasukan dalam temasya dwi-tahunan itu nanti.
Lantaran itu, Siri Antarabangsa Malaysia di Putrajaya minggu lalu menjadi antara pentas terbaik untuk menguji sejauh mana pemain berusia 19 tahun itu bersedia untuk menyahut cabaran berkenaan.
Begitupun, kemaraannya disekat dalam separuh akhir selepas kecundang straight set kepada Cheam June Wei.
Dia melihat masih wujud kelemahan ketara yang perlu diatasi dan mahu ia diperbaiki menjelang Kejohanan Grand Prix (GP) Emas Terbuka New Zealand, bermula 1 Ogos nanti.
"Punca saya tewas kepada Cheam June Wei dalam separuh akhir mungkin disebabkan teknik atau pendekatan permainan saya silap.
"Oleh itu, jurulatih, Datuk Misbun Sidek, sudah berbincang dengan saya. Mungkin ada strategi dalam gelanggang yang dia akan tolong sebelum saya pergi ke New Zealand dan Sukan SEA," katanya.
Selepas dua minggu Misbun memulakan tugas sebagai ketua jurulatih perseorangan negara, Zii Jia kini dapat berasa bagaimana peritnya untuk berlatih di bawah tunjuk ajar legenda negara itu.
Bermula semalam, dia menjalani latihan sepenuh masa bersama Misbun dan Zii Jia percaya dia dapat memanfaatkan sebaik mungkin apa yang telah dipelajarinya.
"Semua aspek, iaitu pergerakan, fizikal dan mematikan bulu tangkis memang memenatkan.
"Tetapi, saya perlu tahan sebab itu yang kami paling utama untuk dipelajari kerana banyak pemain luar negara cakap mental pemain negara tidak kuat.
"Untuk itu, inilah yang saya mahu belajar daripada Misbun."
Penulis Jemputan
Wed Jul 19 2017
Al-Nassr 3-1 Al-Khaleej: Ronaldo nets twice and passes up penalty in cup semi-final
Report: Al-Nassr 3-1 Al-Khaleej
Hayes concedes title race is over as Chelsea suffer dramatic Liverpool defeat
Emma Hayes: WSL title race is over
Sancho outshines Mbappe as Dortmund seize initiative against PSG
Sancho outshines Mbappe in BVB win
Borussia Dortmund 1-0 Paris Saint-Germain: Fullkrug hands hosts first-leg win
Report: Borussia Dortmund 1-0 PSG
Liverpool 4-3 Chelsea: Blues' title hopes suffer huge hit as Bonner decides seven-goal thriller
Report: Liverpool 4-3 Chelsea
'It's here to stay' – Postecoglou jokes he's moving to Sweden to escape VAR
Postecoglou seeking VAR-free life
Top seed Sinner withdraws from Madrid Open ahead of quarter-finals
Injured Sinner out of Madrid Open
IPL: Punjab Kings spinners frustrate CSK in routine win
IPL: Kings spinners frustrate CSK
Alcaraz sees Madrid Open reign ended by Rublev in last eight
Rublev ends Alcaraz reign in Madrid
Pochettino says Chelsea in 'most challenging period' ahead of Spurs reunion
Mauricio Pochettino's Chelsea take on his former club Tottenham on Thursday, with both teams needing points in the race for Europe.