Kontinjen Malaysia diletakkan sasaran untuk memenangi 40 pingat emas, 37 perak dan 64 gangsa di temasya Sukan SEA Kemboja yang akan membuka tirainya pada 5 Mei ini.
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, sasaran itu ditetapkan selepas sesi libat urus membabitkan Majlis Sukan Negara serta Majlis Olimpik Malaysia bersama semua persatuan-persatuan sukan kebangsaan yang bertanding di Sukan SEA kali ini.
Menurutnya, sasaran itu juga dianggap realistik melalui data terkini kemampuan atlet-atlet pesaing dari negara-negara yang bertanding.
"Turut diambil kira ialah keputusan negara penganjur tidak menyenaraikan 57 acara daripada Sukan SEA Vietnam tahun lalu yang menyaksikan kontinjen negara hilang 18 pingat emas, 16 perak dan 30 gangsa.
"Kita bagaimanapun percaya bahawa akan ada atlet-atlet yang mampu mencipta kejutan dan tidak mustahil menambah jumlah pungutan pingat keseluruhan untuk kontinjen Malaysia dari Cambodia kali ini," katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA Kemboja hari ini.
Untuk rekod, dalam edisi Sukan SEA di Vietnam tahun lalu, Malaysia memungut 39 pingat emas, 45 perak dan 90 gangsa.
Hannah berkata, kontinjen Malaysia kali ini akan mengambil bahagian dalam 33 daripada 36 jenis sukan yang dipertandingkan.
"Daripada segi jumlah acara, kontinjen Malaysia akan hanya mengambil bahagian dalam 340 acara ataupun hanya 58.42 peratus daripada keseluruhan 582 acara yang dipertandingkan.
"Ia bermakna, kontinjen Malaysia tidak akan bersaing dalam perebutan 242 pingat emas, perak dan gangsa yang dipertandingkan kali ini.
"Ia kerana acara-acara sukan yang tidak disertai itu adalah daripada sukan-sukan pilihan tuan rumah dan jenis sukan yang asing untuk kontinjen negara seperti sukan arnis, vovinam, kun bokator dan beberapa jenis sukan lainnya," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, kontinjen Malaysia ke Sukan SEA kali ini melibatkan 928 anggota kontinjen terdiri daripada 677 orang atlet dan 251 orang pegawai.
"Seramai 440 atlet daripada jumlah keseluruhan 677 atlet iaitu sebanyak 65 peratus bakal membuat penampilan pertama di temasya Sukan SEA ini.
"Daripada jumlah keseluruhan atlet yang mewakili kontinjen Malaysia juga seramai 387 orang atau 56.33 peratus, merupakan atlet-atlet yang berusia di bawah umur 23 tahun.
"Sukan olahraga menyaksikan penyertaan jumlah teramai ke Kemboja iaitu seramai 65 atlet dan 21 orang pegawai. Selain itu, 262 atlet dan 90 pegawai adalah daripada tujuh acara berpasukan di Sukan SEA kali ini," katanya.
Kredit: Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Apr 30 2023


Sukan Asia Hangzhou: 0.31 saat pisahkan Hoe Yean akhiri penantian pingat
'Saya berasa sangat marah', itulah perasaan yang bermain di fikiran perenang negara, Khiew Hoe Yean selepas hanya dipisahkan 0.31 saat dengan kedudukan podium pada penampilan sulungnya di Sukan Asia Hangzhou.

Sukan Asia Hangzhou: Shah Firdaus peroleh gangsa acara keirin
Pelumba berbasikal trek negara, Shah Firdaus Sahrom, menambah bilangan pingat buat kontinjen negara susulan memperoleh gangsa dalam acara keirin bagi saingan Sukan Asia Hangzhou, sebentar tadi.

Sukan Asia Hangzhou: India beri kekalahan pertama buat Malaysian Tigress
Skuad hoki wanita terpaksa akur dengan kemampuan India susulan melewati kekalahan 6-0 dalam aksi kedua Kumpulan A Sukan Asia Hangzhou 2022 di Stadium Gongshu Canal Sports Park, sebentar tadi.

Kejohanan Dunia Boling Padang: Wakil sahkan slot ke pentas final
'Standing In The Eyes of The World', itulah impian atlet boling padang negara, Nur Ain Nabilah Tarmizi, serta pasangannya, Aleena Nawawi selepas mengesahkan slot di pentas final Kejohanan Dunia Gold Coast, Australia.

Kelayakan Piala Asia B23: Fergus Tierney buru kemenangan bertemu Filipina
Penyerang skuad B23 negara, Fergus Tierney, meletakkan sasaran untuk memastikan tiga mata berjaya diperoleh, yakin dengan tahap dirinya dan rakan sepasukan untuk membenam Filipina esok.

Malaysia sedia gempur China
Selepas kejayaan mengikat Syria pada Rabu lalu, skuad Harimau Malaya menanam tekad untuk cuba meraih satu lagi keputusan positif dalam aksi persahabatan menentang China di Stadium Phoenix Hill, Chengdu pada Sabtu.

Kelayakan Piala Asia B23: Peluang pemain muda tebus maruah negara
Kempen Kelayakan Piala Asia 2024 di Chonburi, Thailand bulan depan menjadi medan terbaik buat skuad Bawah 23 tahun (B-23) negara menebus duka atas kegagalan mereka pada Kejuaraan B-23 AFF 2023 di Rayong, Thailand baru-baru ini.

Kejohanan AFF B23: Tugas getir menanti Harimau Muda
Skuad Bola Sepak Bawah 23 tahun (B-23) perlu mencari pendekatan terbaik sekiranya mahu menewaskan Vietnam, dalam aksi separuh akhir Kejuaraan B-23 AFF 2023 di Stadium Rayong Provincial pada Khamis.

Kejohanan AFF B23: Benam Timor Leste, Malaysia bertemu Vietnam di separuh akhir
Skuad B23 negara memastikan slot ke separuh akhir Kejohanan AFF B23 susulan kejayaan mengatasi Timor Leste 3-1 di Stadium Rayong, Thailand, sebentar tadi.

Kejohanan AFF B23: Skuad Malaysia buru kejuaraan
Pertahanan bawah 23 tahun negara, Ubaidullah Shamsul Fazili, menjadikan kaps Liga Super sebagai bekalan motivasi untuk menunjangi pasukan dalam Kejohanan AFF B23 di Rayong, Thailand yang bermula minggu ini.

Football rumours: Juventus seeking new long-term deal for Adrien Rabiot
The midfielder turned down an approach from Manchester United during the summer.

Big guns fire, Donald’s picks pay off but US tensions boil over – Ryder Cup Q&A
We look at the key questions surrounding the 44th contest.

Can England defend their crown? – World Cup talking points
The tournament takes place in India.

5 players to watch at the Cricket World Cup in India
England take on New Zealand in Thursday’s tournament opener.

Jos Buttler will let England’s white-ball legacy be decided by others
Eight members from the class of 2019 are in England’s 15-strong squad for the defence of their 50-over crown in India, which starts this week.

Europe captain Luke Donald: I think these guys will be around for a long time
Donald feels a host of Sunday’s winning squad will go on to enjoy more success in the competition.

I was a mess – Beckham lays bare pain he suffered after World Cup red card
Beckham was sent off for a kick at Argentina’s Diego Simeone before England went on to lose a penalty shootout.

Mudryk trying hard to adapt to Chelsea culture after difficult start
The Ukrainian moved from Shakhtar Donetsk in January for a fee that could rise to £88million.

Ireland cooking up a storm off the field thanks to Emma Gardner’s influence
The 37-year-old helped England win the ICC World Cup in 2019.

Atalanta and Juventus share stalemate as Atletico Madrid pull off crazy comeback
.