Timbalan ketua kontinjen malaysia (CDM), Sharon Wee, menyifatkan semangat dan mentaliti barisan atlet dilihat sebagai positif.

Sasaran satu emas buat kem badminton dalam temasya dwitahun di Kemboja itu sudah diperhalusi dan berkemungkinan prospek berkenaan bakal diraih menerusi acara perseorangan lelaki atau berpasukan lelaki.

"Dalam lawatan kami, motivasi terutama atlet muda tinggi yang teruja untuk menghadapi Sukan SEA kali ini.

"Dalam daripada segi pasukan kejurulatihan, pengurus malah fisioterapi membantu mereka.

"Untuk mental, kita ada psikologi sukan, atlet sudah pun bersedia dan atlet senior membantu pemain remaja.




"Setakat ini persiapan kami bagus dan kami gembira mengenainya," katanya dalam menerusi lawatan ke venue latihan, Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, menjelang Sukan SEA 2023.

Dalam masa sama, perseorangan wanita negara, Wong Ling Ching, yang diberi peluang untuk buat julung kalinya mahu memastikan berada dalam keadaan baik dengan sokongan mental dan fizikal yang dibekalkan oleh barisan kejurulatihan.

"Saya teruja dan gemuruh.

"Jurulatih mempersiapkan kami daripada fizikal, mental dan kemahiran.

"Kekurangan saya masih banyak lagi, rejaman saya masih belum cukup (padu).

"Dengan latihan tambahan diberikan, ia makin meningkat," katanya pula.