Sukan SEA Kemboja: Beregu campuran negara peroleh pingat perak

Ammar Hakim
May 16, 2023 08:28 MYT
Malaysia terlepas pingat emas Sukan SEA Kemboja selepas gandingan beregu campuran Yap Roy King-Cheng Su Yin, yang tewas 22-20, 8-21, 16-21 kepada wakil Indonesia, Rehan Naufal-Lisa Ayu, dalam aksi final sebentar tadi.
Kekalahan itu turut membawa erti kontinjen negara bakal pulang tanpa sebarang pingat emas dalam acara individu buat pertama kali dalam tempoh sedekad penganjuran temasya dwitahunan itu.
Bukan itu sahaja, sasaran yang diletakkan Persatuan Badminton Malaysia unutk memenangi satu pingat emas dalam Sukan SEA turut gagal ditepati.
Gandingan negara itu berjaya mendahului dalam set pertama namun berdepan kesukaran untuk mengekalkan kelebihan sebelum menoktahkan kemenangan 22-20.
Namun ia tidak mematahkan semangat pilihan utama dari Indonesia itu, yang bangkit dalam set kedua dengan mendahului 8-0.
Gandingan Malaysian gagal untuk mengekalkan rentak cemerlang sebelum tewas 21-8 dan perlawanan diheret ke set penentuan.
Di sebalik permainan yang lebih berkualiti daripada wakil negara, Indonesia memastikan kebangkitan mereka membuahkan pingat emas apabila menang 21-16.

Serve pelik? Spin serve maybe? ? Tough luck Yap Roy King-Cheng Su Yin tewas kepada ranking 10 dunia,Rehan Naufal-Lisa Ayu 22-20,8-21,16-21@ASTROARENA pic.twitter.com/ZWQmhTIr6s

— wan muiz (@muiz_aziz07) May 16, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#badminton #Malaysia #Sukan SEA #Indonesia #Yap Roy King #Cheng Su Yin