Susulan pengesahan acara regu berpasukan lelaki sepak takraw bakal dipertandingkan di Sukan SEA Kemboja walaupun terdapat hanya tiga negara yang bakal membuat penyertaan.

Chef de Mission (CDM) negara, Datuk Mohd Nasir Ali, lega sasaran pingat tidak terkesan selepas Malaysia kehilangan 18 peluang emas sebelum Sukan SEA edisi ke-32 bermula, susulan beberapa sukan yang dianggap prospek tidak dipertandingkan di temasya kali ini.

Nasir turut meletakkan harapan tinggi pada skuad regu berpasukan sepak takraw negara yang pernah memenangi perak di Hanoi, yang dipercayai mampu menyaingi juara bertahan Thailand untuk pingat emas buat Malaysia.

"Harapan yang tinggi buat skuad sepak takraw dalam usaha mendapatkan pingat emas di Kemboja. Kali terakhir memperoleh pingat emas di Filipina dan tidak mustahil untuk melakukannya dalam edisi kali ini," katanya.

"Kami telah menjalani proses latihan yang sangat baik dan kami telah dimaklumkan bahawa skuad Thailand tidak menghadirkan beberapa tonggak utama dan saya yakin kami mampu mengatasi mereka."