Sukan Olimpik Tokyo: Cadang keutamaan vaksin COVID-19 buat atlet

Shaiful Shamsudin
January 6, 2021 23:36 MYT
Atlet Olimpik harus menjadi antara barisan pertama yang menerima vaksin COVID-19 agar Sukan Olimpik Tokyo dapat diteruskan, menurut anggota Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Dick Pound.
Temasya, yang ditunda ke 23 Julai 2021 itu selepas dihimpit penularan pandemik berkenaan, tetap dibimbangi akan mencetuskan penularan kes di negara tuan rumah, Jepun.
Malah, Perdana Menteri, Yoshihide Suga, hari ini akan memutuskan sama ada akan mengumumkan darurat baru di Tokyo yang mencerminkan Sukan Olimpik musim ini mungkin berdepan risiko.
Pound, yang merupakan anggota organisasi paling berpengalaman, percaya cara terbaik untuk memastikan ia dapat diteruskan ialah dengan menyuntik vaksin kepada semua atlet terlebih dahulu.

Happy Olympic year, Happy New Year. We wish you a strong 2021. ?#Olympics #StrongerTogether pic.twitter.com/wtUFyAhE5M

— Olympics (@Olympics) December 31, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Di Kanada di mana kami mungkin mempunyai seramai 300 atau 400 atlet. Jadi untuk menggunakan vaksin sebanyak itu daripada beberapa juta yang terhasil akan membolehkan Kanada terlibat kejohanan antarabangsa sebesar ini. Masyarakat tidak akan marah jika kami mengambil langkah sedemikian, "katanya kepada Sky News.
"Ini adalah keputusan yang harus dibuat oleh setiap negara dan akan ada pihak yang membantah tetapi saya rasa ini adalah cara yang paling realistik demi kemajuan."
Kos untuk Sukan Olimpik telah meningkat sebanyak $2.8 bilion (RM11.2b) berikutan langkah-langkah mencegah penyebaran COVID-19.
#IOC #Sukan Olimpik Tokyo #Covid-19