Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengadakan mesyuarat dengan Jawatankuasa Road to Gold (RTG) bagi membincangkan segala aspek keperluan atlet di Putrajaya pada Isnin ini.
Menterinya, Hannah Yeoh, berkata perkara itu penting dalam hala tuju mempersiapkan atlet dalam memburu kilauan pingat emas pertama menjelang Sukan Olimpik Paris 2024.
Menurutnya, mesyuarat itu juga akan memberi perhatian dan memperhalusi permohonan jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang.
“Permintaan Azizulhasni sudah dikumpulkan bersama atlet-atlet lain dan akan dimasukkan dalam program RTG.
“Seperti yang sudah dinyatakan, beliau adalah aset negara dan pasti jawatankuasa akan mempertimbangkan permintaan Azizulhasni untuk bersedia di Olimpik Paris,” katanya.
Sebelum ini, pelumba dengan gelaran The Pocket Rocketman itu melahirkan rasa kecewa terhadap Majlis Sukan Negara (MSN) atas kegagalan menyediakan sistem sokongan lengkap selepas memindahkan pangkalan latihannya dari Melbourne, Australia ke Velodrom Nasional di Nilai, Negeri Sembilan sejak awal tahun ini.
Menurut Azizulhasni, beberapa siri perbincangan sudah diadakan dengan MSN sejak setahun sebelum dia kembali ke Malaysia tetapi sehingga kini tiada penyelesaian dicapai.
Atlet berusia 35 tahun itu antara prospek terbaik Malaysia bagi menyumbang emas sulung Sukan Olimpik selepas dia meraih pingat perak dan gangsa - masing-masing dalam temasya Tokyo 2022 dan Rio 2016.
Kredit: Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jun 17 2023


Azizulhasni setuju John Beasley ambil peranan baru
Olimpian negara, Datuk Azizulhasni Awang, sepenuh hati bersetuju dengan jawatan baru yang bakal disandang John Beasley.

Sukan Asia Hangzhou: Azizulhasni mohon maaf terpaksa tarik diri
Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, sah tidak akan beraksi dalam Sukan Asia Hangzhou bermula hujung minggu ini selepas ditimpa kemalangan sewaktu sesi latihan di Velodrom Nilai.

Sukan Asia Hangzhou: Jangan risau situasi Azizulhasni -- PKBM
Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, berada dalam keadaan baik selepas mengalami kemalangan ketika menjalani latihan di Velodrom Nasional, Nilai, Negeri Sembilan pada Sabtu lalu.

MOM tidak panik di sebalik prestasi semasa Azizulhasni
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Norza Zakaria, mengakui tidak panik dengan prestasi semasa Datuk Azizulhasni Awang di Kejohanan Berbasikal Trek Dunia Glasgow 2023 yang berlangsung awal Ogos lalu.

Kejohanan Berbasikal Trek Dunia: Azizulhasni akur pengakhiran tanpa kilauan pingat
Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, menoktahkan perjuangannya dalam Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2023 di Glasgow, Scotland tanpa sebarang pingat.

Kejohanan Berbasikal Trek Dunia: Azizulhasni mohon doa
Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, tidak berdepan masalah menempah tiket ke suku akhir acara keirin Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Glasgow, Scotland awal pagi tadi.

ACC: Saya hanya mahu tamatkan perlumbaan walaupun sakit, kata Shah Firdaus
Pelumba berbasikal trek negara, Shah Firdaus Sahrom, berkata dia hanya mahu menamatkan perlumbaan separuh akhir acara keirin Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2023 biarpun berada dalam kesakitan selepas terlibat dalam kemalangan.

ACC: Azizulhasni bukti kejaguhan dengan emas keirin
Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, terbukti berada dalam kelas tersendiri apabila meraih pingat emas keduanya dalam Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2023 dengan mengungguli acara keirin lelaki di Velodrom Nasional, Nilai sebentar tadi.

Sukan Olimpik Paris: KBS, RTG bincang permintaan Azizulhasni
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengadakan mesyuarat dengan Jawatankuasa Road to Gold (RTG) bagi membincangkan segala aspek keperluan atlet di Putrajaya pada Isnin ini.

Kejohanan Berbasikal Trek Asia: Azizulhasni sertai dua acara
Menjelang Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC), Olimpian negara, Datuk Azizulhasni Awang, mengesahkan yang dia hanya akan bertanding dalam dua acara iaitu keirin dan pecut individu.

NBA: Boston Celtics stay perfect at home
The Boston Celtics, Sacramento Kings and Oklahoma City Thunder all posted notable wins to highlight Friday's play in the NBA.

On this day in 2010: Alan Pardew appointed as Newcastle manager
The former Reading, West Ham, Charlton and Southampton boss was unveiled as successor to the sacked Chris Hughton.

Mark Robins hails ‘effervescent’ Callum O’Hare after derby double
The Coventry midfielder inspired his side’s 2-0 win over Birmingham.

Ange Postecoglou warns Tottenham: Life will never be comfortable during my reign
Spurs have failed to win any of their last five matches despite taking the lead in each fixture.

He knows what he has to do – Erik ten Hag on Jadon Sancho’s Man Utd future
Sancho has not played for United since August.
He’s the hardest-working player: Vincent Kompany hails James Milner’s longevity
.

Federico Gatti sends Juventus top of Serie A with win over Napoli
Gatti headed home the only goal early in the second half.

Callum O’Hare double fires Coventry to win over Birmingham
The fit-again midfielder made his CBS Arena return in style in a 2-0 Sky Blues win.

Raith go top of Championship table after battling back against Partick Thistle
November signing Daniel O’Reilly opened the scoring but put into his own net after the break.

Cristiano Ronaldo sets Al-Nassr on way to big win
The former Manchester United and Real Madrid star opened the scoring in a 4-1 success against Al-Riyadh.