Pilihan pertama beregu campuran individu, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, mengimpikan pentas final membabitkan dua wakil Malaysia namun syaratnya perlu melepasi halangan dari England dan Singapura yang dianggap sebagai seteru paling hampir dalam Sukan Komanwel Birmingham kali ini.

Menjadi pilihan utama, laluan Kian Meng dan Pei Jing dilihat lebih mudah jika dibandingkan Chan Peng Soon-Cheah Yee See, yang bakal bertemu wakil England Ellis Marcus-Smith Lauren di suku akhir terlebih dahulu.

Kian Meng-Pei Jing menang mudah 2-0 bertemu Mauritius dalam saingan kelompok 32 sebentar tadi.

"Sasaran kami adalah bertemu di final adalan wakil dari England, Singapura atau akan bertemu Peng Soon dan Yee See," kata Pei Jing.

"Kami berharap untuk bertemu wakil Malaysia di final, tetapi kami akan cuba memastikan permainan kami di tahap terbaik terlebih dahulu