Sukan Komanwel 2026: Roslin Hashim terkejut badminton digugurkan


October 24, 2024 14:28 MYT
Bekas pemain badminton kebangsaan, Roslin Hashim, mengakui terkejut berikutan acara badminton digugurkan daripada Sukan Komanwel Glasgow 2026.
Menurut Roslin, sukan itu sememangnya menjadi taruhan kepada kontinjen negara untuk meraih pingat sejak penganjuran pertamanya pada tahun 1966.
"Sukan ini memang sinonim semasa pertandingan peringkat Komanwel dan (keputusan) ini sebenarnya mengejutkan," katanya.
Roslin memberitahu, selain badminton, beberapa acara sukan lain turut digugurkan, yang akan memberi kesan kepada pungutan pingat negara.
"Saya rasa mungkin daripada segi pungutan pingat buat atlet negara akan berkurangan tetapi yakin acara lain mampu menyinar," katanya.
Dalam edisi di Birmingham 2022, Malaysia memenangi dua pingat emas badminton menerusi beregu wanita Pearly Tan-M Thinaah dan acara berpasukan campuran.
Berdasarkan kenyataan Persekutuan Sukan Komanwel (CGF), hanya 10 jenis sukan akan dipertandingkan dalam edisi kali ini berbanding 19 dalam Sukan Komanwel 2022 di Birmingham.
--Sinar Harian
#badminton #Roslin Hashim #Sukan Komanwel 2026
;