Kelab Badminton (KB) Puchong United merampas takhta pendahulu SS Purple League (SSPL) musim ini selepas mengatasi KB Bangsar Hawks dalam perlawanan keenam, hari ini.
Kemenangan KB Puchong United itu sekaligus meletakkan mereka di tangga teratas untuk berkongsi mata dengan KB Petaling Jaya yang juga mengutip 67 mata keseluruhan setakat ini.
Apapun, kelebihan jumlah kemenangan yang dimiliki meletakkan KB Puchong United di tangga pertama liga.
Dalam perlawanan yang berlangsung di Cyberjaya itu, KB Puchong United menewaskan pasukan KB Bangsar Hawks 13-5.
Chong Wei Feng terlebih dahulu beraksi baik dalam kategori perseorangan lelaki pertama apabila memberikan mata kepada pasukannya, KB Puchong United, selepas mengatasi wakil KB Bangsar Hawks, Wan Chia Hsin, 6-11, 11-7, 11-4, 11-4 (3-1).
Selepas itu, dalam kategori perseorangan wanita, Lee Ying Ying, yang belum pernah tewas dalam saingan SSPL kembali memungut mata untuk pasukan KB Bangsar Hawks. Dia mengatasi lawannya, Sayaka Takahasi, 11-7, 11-7, 7-11, 6-4 (3-1).
Dalam saingan beregu lelaki selepas itu, giliran KB Puchong United untuk kembali garang apabila gandingan Lee Jhe Huei-Lee Yang berjaya membenam gandingan KB Bangsar Hawks, Irfan Fadhilah-Muhammad Amzzar, 11-6, 11-5, 11-8 (3-0).
Kemudian, dalam kategori beregu campuran, pemain negara, Goh Liu Ying, dan gandingannya, Lim Khim Wah, terus meletakkan KB Puchong United di landasan kemenangan.
Berhadapan dengan pasangan Joyce Choong-Zhou Bouwei, pasangan beregu campuran KB Puchong United itu menang 11-6, 11-6, 7-11, 11-10 (3-1).
Liu Ying yang bermain untuk KB Puchong United mengharapkan mampu membawa pasukannya mara lebih jauh untuk saingan SSPL musim ini.
“Joyce Chong dari Bangsar Hawks yang dihadapi saya tadi merupakan junior saya dan kami mengenali satu sama lain.
"Jadi, tidak sukar untuk saya memenangi perlawanan itu.
“Saya hanya mengharapkan dapat beraksi baik dan memberikan kemenangan kepada pasukan, sekaligus membawa KB Puchong United ke pentas final Purple League kali ini,” ujar pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2016 itu.
Dalam kategori perseorangan lelaki terakhir, Wang Tzu Wei melengkapkan hari gemilang KB Puchong United apabila menang 11-5, 11-8, 11-8 (3-0) ke atas wakil KB Bangsar Hawks, Chang Lip Seng.
Dalam satu lagi satu perlawanan pada sebelah petang, KB Serdang turun bertemu pasukan KB Ampang Jaya. Kedua-dua pasukan memerlukan kemenangan untuk menempatkan diri dalam kelompok enam pasukan teratas.
Apapun, perlawanan sengit itu lebih memihak KB Ampang Jaya dengan kemenangan 11-9.
Shaiful Shamsudin
Sat Dec 31 2016
Zenden: Off-the-field uncertainty at Man Utd unhelpful for Ten Hag
Man Utd uncertainty unhelpful
Chelsea 5-0 West Ham: Five-star Blues run riot again at Stamford Bridge
Report: Chelsea 5-0 West Ham
Brighton 1-0 Aston Villa: Villans' top-four hopes stutter after late Pedro header
Report: Brighton 1-0 Aston Villa
IPL: Jadeja stars as CSK move into playoff places
Ravindra Jadeja top-scored with 43 runs and claimed three wickets as the Chennai Super Kings gained revenge on the Punjab Kings in the IPL.
PSV crowned Eredivise champions for the first time in six years
PSV needed a draw against Sparta Rotterdam to get their hands on the Eredivisie trophy but got the job done with a fifth consecutive win.
Rangers 4-1 Kilmarnock: Gers come from behind to keep pressure on Celtic
A strong second-half showing from Rangers ensured they will head into next weekend's Old Firm just three points behind Celtic.
Jokic salutes 'special' Edwards after influential Game 1 display
Jokic hails 'special' Edwards
Simeone insists Atletico 'cannot stop pushing' after narrow Mallorca win
Atletico Madrid tightened their grip on fourth place in LaLiga with victory over Mallorca, but Diego Simeone wants more from his players.
'It can only get better' - Sabalenka leaving Madrid Open 'with positive thoughts' despite Swiatek defeat
Sabalenka upbeat after Madrid Open
'It hurts to lose' - Inzaghi apologises after Sassuolo defeat
Inzaghi sorry for Sassuolo defeat