Kelab Badminton (KB) Petaling Jaya berjaya mara ke perlawanan akhir SS Purple League (SSPL) setelah mengecewakan KB Bandar Utama Dragons dalam peringkat separuh akhir sebentar tadi di Arena Of Stars, Resorts World Genting.
Biarpun kedudukan mata keseluruhan terikat 12-12 namun kelebihan pungutan mata yang dimiliki KB Petaling Jaya membolehkan pasukan itu melangkah ke final SSPL bertemu KB Puchong United Ahad ini.
Dalam acara perseorangan lelaki, KB Bandar Utama Dragons terlebih dahulu menang menerusi pemainnya, Wei Nan yang menumpaskan wakil KB Petaling Jaya, Dani Harsheel dengan keputusan 10-11, 11-8, 11-10, 10-11, 1-0 (3-2).
KB Bandar Utama Dragons terus selesa selepas itu apabila terus mencatatkan kemenangan dalam acara perseorangan wanita. Pemain mereka, Zhang Beiwen mengatasi pemain KB Petaling Jaya, Deng Xuan juga dengan keputusan 11-7, 10-11, 11-5, 8-11, 11-6 (3-2).
Namun, pasangan beregu lelaki KB Petaling Jaya, Koo Kiet Keat/ Kim Sa Rang kembali meletakkan pasukannya di landasan untuk ke final. Mereka menang mudah 11-4, 11-9, 9-11, 11-7 (3-1) ke atas pasangan KB Bandar Utama Dragons, Mak Hee Chun/ Markis Kido.
Dalam beregu campuran, KB Petaling Jaya sekali lagi bangkit dalam perlawanan ini.
Gandingan pasangan Lim Chiew Sin/ Chin Baek Cheol mengalahkan pasangan KB Bandar Utama Dragons 9-11, 11-9, 7-11, 11-6, 11-6 (3-2) untuk mereka kembali mendahului kutipan mata keseluruhan 10-9.
Perlawanan perseorangan lelaki terakhir yang menentukan siapa layak ke final berlangsung penuh menarik dengan kedua-dua pemain turun dengan misi wajib mencari mata maksimum untuk layak. Pemain KB Bandar Utama Dragons, Emil Holst berjaya menang tipis mengatasi pemain KB Petaling Jaya, Goh Giap Chin 9-11, 11-9, 7-11, 11-10, 10-9 (3-2) menjadikan kedudukan terikat seri.
Namun, keputusan itu masih belum cukup memandangkan kiraan mata lebih memihak KB Petaling Jaya sekaligus membawa pasukan itu ke final SSPL musim ini mengecewakan KB Bandar Utama Dragons yang terpaksa akur tersungkur dalam peringkat separuh akhir.
Pengurus KB Petaling Jaya, Manoj Kumar mengakui begitu lega selepas berjaya menang dalam perlawanan yang penuh mendebarkan ini. Dia berkata, “Bagi saya ianya adalah satu perlawanan separuh akhir yang cukup dramatik sehingga keputusan terpaksa ditentukan melalui kiraan mata.
“KB Puchong United yang akan kita temui di perlawanan akhir nanti sudah tentunya lawan yang sukar kerana mereka memiliki kekuatan yang hampir seimbang dalam semua acara,apapun kami akan berikan persembahan terbaik."
Sebelum itu pada sebelah petang tadi, KB Puchong United terlebih dahulu mara ke perlawanan akhir SSPL musim ini setelah mudah mengatasi juara bertahan, KB Muar dengan keputusan 11-4.
Stadium Astro
Fri Feb 10 2017
Ancelotti lauds Real Madrid goalscorer Vinicius after first-leg double
Vinicius Junior scored twice for Real Madrid as they drew 2-2 with Bayern Munich in the Champions League semi-finals.
Nadal slumps out of Madrid Open as farewell appearance comes to a halt
Nadal out of Madrid Open
Champions League success does not define Bayern move, says Kane
Kane: UCL doesn't define success
Coventry City 1-2 Ipswich Town: Burgess puts Tractor Boys on brink of promotion
Report: Coventry 1-2 Ipswich
Kane sets Champions League record as Bayern draw with Real Madrid
Data Debrief: Bayern 2-2 Madrid
Vinicius double drags Madrid back into Champions League semi-final after Bayern draw
Report: Bayern 2-2 Real
Al Ittihad 1-2 Al Hilal: Holders into King's Cup final
Report: Al Ittihad 1-2 Al Hilal
Nortje makes international return for South Africa's T20 World Cup squad
Nortje back in the fold
Auger-Aliassime gets the better of Ruud as Medvedev hits Masters 1000 milestone
Ruud downed by Auger-Aliassime
IPL: Stoinis key for LSG as they rise to third after seeing off Indians
Stoinis key in LSG victory