Kelab Badminton (KB) Ampang Jaya mencapai misi penting apabila menang menang ke atas KB Kepong dalam perlawanan kelapan mereka dalam saingan SS Purple League (SSPL) di Stadium Badminton Kuala Lumpur, Cheras, hari ini.
KB Ampang Jaya menang 12-6 untuk mengesahkan kedudukan enam terbaik untuk ke peringkat kalah mati.
Sebelum perlawanan bermula, mereka berada di kedudukan keenam dengan 68 mata dan menarik nafas lega apabila mengatasi lawannya itu, sekali gus berjaya mengelak daripada dipintas KB Kepong yang mengikuti rapat di tangga ketujuh dengan 57 mata.
Dalam perseorangan lelaki pertama, KB Ampang Jaya dan KB Kepong masing-masing berkongsi pungutan mata. Cheam June Wei yang mewakili KB Ampang Jaya dan Lim Chi Wing yang mewakili KB Kepong bersaing sengit sebelum perlawanan berakhir 9-11, 10-11, 11-9, 4-3 (2-2).
KB Kepong kemudian garang dalam acara perseorangan wanita. KB Kepong yang diwakili oleh pemainnya, Moe Araki dari Jepun, menang ke atas pemain KB Ampang Jaya, Xu Wei, 10-11, 11-8, 11-10, 10-8 (3-1).
KB Ampang Jaya kembali bangkit dalam kategori beregu lelaki apabila pasangan mereka, Lukhi Nugroho-Muhd Syawal, menewaskan gandingan KB Kepong, Hendra Gunawan-Razif Latif, 11-4, 11-7, 11-8 (3-0).
KB Ampang Jaya terus cemerlang dalam beregu campuran menerusi Ririn Amelia-Terry Hee Yong Kai yang mudah menewaskan pasangan KB Kepong, Peck Yen Wei-Tan Chee Tean, 11-6, 11-7, 11-5 (3-0) dalam masa 30 minit.
Lee Cheuk Yiu melengkapkan misi kelabnya, KB Ampang Jaya, apabila mengatasi lawannya, Thongnuam Pannawit, 11-6, 11-8, 6-11, 11-9 (3-1) dalam satu lagi kategori perseorangan lelaki untuk meletakkan pasukannya dalam kedudukan selesa menuju perlawanan terakhir liga menentang KB Petaling nanti.
Ketua jurulatih KB Ampang Jaya, Ho Khek Mong, nyata sangat lega dengan kemenangan itu yang meletakkan pasukannya kini berada dalam kelompok enam pasukan teratas liga.
"Saya sangat berpuas hati dan lega dengan kemenangan penting ini kerana saya pasti kami kini sudah selesa untuk layak ke peringkat kalah mati selepas ini.
“Apapun, kami berharap akan menang ketika berdepan KB Petaling yang khabarnya akan menurunkan Datuk Lee Chong Wei dalam perlawanan terakhir di samping perlu menyediakan pasukan mantap untuk perlawanan kalah mati di Genting selepas ini,” kata Khek Mong selepas tamat perlawanan.
Enam pasukan yang berada di kedudukan enam teratas SSPL akan layak ke peringkat kalah mati selepas ini.
Shaiful Shamsudin
Fri Jan 06 2017
Juve boss Allegri thinks Roma will be hungry after Leverkusen loss
Allegri: Roma will be hungry
Slot focused on Feyenoord task as Liverpool speculation swirls
Slot focused on Feyenoord
Kirby hopes 'job done' after leaving Chelsea in 'better place'
Kirby waves goodbye to Chelsea
Klopp has '500 reasons' for Liverpool revenge against Spurs after VAR controversy
Preview: Liverpool v Spurs
Pep Guardiola backs England for Euro 2024 success
Guardiola backing Three Lions
Man City tantalisingly close to WSL glory ahead of huge Arsenal clash
Man City face Arsenal in huge clash
Atletico Madrid must improve in top-four chase, says Simeone
Simeone: Atletico must improve
Emery demands Villa adapt after European defeat before Seagulls visit
Preview: Brighton v Aston Villa
Doncic: 'It's a pleasure' working with 'unbelievable' Irving
Doncic hails 'unbelievable' Irving
Verstappen shocked to be on pole for Miami sprint
Verstappen stunned with sprint pole