Perlawanan yang kedua belas bagi Sri Pahang FC adalah merupakan perlawanan yang akan menguji sejauh mana kemampuan perancangan Fandi Ahmad untuk memastikannya rekod tanpa kalah Tok Gajah apabila berhadapan dengan juara bertahan sembilan kali Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Ini akan menguji sejauh mana kemampuan anak didik Fandi untuk mempertahankan rekod tanpa kalah mereka setakat ini dalam saingan Liga Super.

Semua sedia maklum apabila mana-mana pasukan bertandang ke Stadium Sultan Ibrahim akan menjadi mangsa ratahan Harimau Selatan.





Apakah Fandi akan menggekalkan formasi 4-3-3 sebagaimana yang biasa digunakannya pada setiap perlawanan atau ada perubahan yang dilakukan nanti.

Jika dilihat dari rekod pertemuan musim lalu kedua-kedua ini hanya mampu seri dan sudah pasti akan memberi motivasi kepada anak didik Fandi untuk mempertahankan rekod tanpa kalah mereka.

Namun, Fandi juga perlu memikirkan bagaimana anak didiknya untuk menggekang kelibat-kelibat pemain Harimau Selatan terutama Bergson da Silva, Fernando Forestieri dan pemain-pemain di bahagian tengah yang kreatif serta mampu membuat jaringan dari jarak jauh.

Apakah peranan yang akan dimainkan Kpah Sherman, Sergio Aguero, Baqiuddin Shamsuddin dan Azam Azih pada pertemuan itu nanti?






Mereka ini adalah merupakan pemain yang suka menyerang dengan mengunakan kemahiran individu serta keupayaan dan kekuatan pada diri mereka.

Jika Fandi menerapkan permainan secara bertahan pula, sampai bila mereka boleh meresap tekanan yang akan dilakukan pihak lawan kerana jika lebih lama memberi Harimau Selatan mendominasi permainan sudah tentu akan menambah tekanan kepada pemain Tok Gajah.

Namun, daripada apa yang penulis amati Pahang perlu menggunakan kekuatan yang ada pada pasukan mereka untuk memberi tekanan kembali pada Harimau Selatan kerana bermain secara terbuka dan menyerang pasti akan mampu menyekat anak didik didik Esteban Scolari.

Jika dengan menyerang dan tekanan awal diberikan semasa bertahan pasti akan menyukarkan JDT untuk bermain secara ‘buildup attack’ dan menggunakan lorongan serangan di bahagian tengah kerana bahagian itulah yang akan digunakan Scolari untuk bermain secara kombinasi pemain-pemainnya serta menggekalkan bentuk segi tiga dan segi empat.

Dengan cara itu sahaja penulis rasakan Tok Gajah mampu menggekalkan rekod tanpa kalah mereka.