SOPMA: Dymphna Simon bantu Pulau Pinang raih dua emas

Ammar Hakim
December 7, 2023 20:16 MYT
Jika edisi lalu dia membawa nama negeri kelahiran, Sabah dalam saingan Sukan Orang Pekak Malaysia (SOPMA), kini Dymphna Simon membantu Pulau Pinang meraih dua pingat emas dalam acara badminton.
Dia yang sudah dua tahun berkelana di Pulau Pinang kerana tuntutan kerja tidak melepaskan peluang untuk beraksi sekali lagi di kejohanan yang sama sekaligus mendominasi kategori wanita apabila berjaya meraih pingat emas dalam acara perseorangan dan beregu.

Dymphna Simon yang mula berkecimpung dalam sukan badminton sejak berumur 10 tahun raih 2 ? kategori perseorangan & beregu SOPMA 2023 ? pic.twitter.com/FlHcd4lIN3

— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) December 7, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tambahnya lagi, berkat keluarga yang menyedari bakatnya dalam sukan badminton sejak berumur 10 tahun jadi titik mula buatnya yang kini punyai mimpi untuk beraksi di persada dunia.
#badminton #SOPMA