Sekian lama memendam perasaan dan berbekalkan kekecewaan gagal di pentas perseorangan lelaki, Goh Soon Huat menzahirkan hasrat untuk melakukan apa sahaja agar dia menyinar dalam skuad beregu campuran.
Tiga minggu lalu, Soon Huat sama sekali tidak menyangka dia terpaksa meneruskan kerjaya sebagai pemain beregu.
Dia mengakui telah diberi amaran untuk meningkatkan prestasinya sehingga hujung tahun ini sebagai perseorangan ketiga dalam skuad kebangsaan.
Sebelum ini, dia mengunci mulut dan terkejut apabila menerima arahan daripada barisan kejurulatihan negarauntuk bergandingan bersama Shevon Lai.
Jika Soon Huat berupaya untuk menyesuaikan diri seperti seorang lagi pemain yang senasib dengannya, Tan Kian Meng, tidak mustahil untuk dia mencipta kejutan.
Kian Meng dan Lai Pei Jing yang digandingkan Januari lalu, sudah layak beraksi di enam final bertaraf Grand Prix dan memenangi dua daripadanya.
Malah, mereka juga memiliki sistem sokongan yang cukup berkualiti menerusi pemain senior, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying.
"Saya berasa kami boleh mencari keserasian bersama. Apabila coach memberitahu saya akan beraksi dalam beregu campuran, saya sedikit kecewa dan terkejut pada mulanya.
"Tetapi cabaran itu memberikan peluang untuk saya mencuba sesuatu yang baru. Jurulatih dan pemain beregu senior banyak membantu saya. Dalam sesi latihan, mereka memberikan nasihat kepada saya.
"Saya hanya merasai sedikit tekanan beraksi sebagai beregu campuran kerana perlawanan sebenar belum bermula tetapi apabila perlawanan bermula, pastinya tekanan akan menjadi lebih tinggi.
"Sekarang saya tidak mahu memikirkan perkara yang lalu tetapi mahu memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pasangan baru saya," ujar Soon Huat.
Stadium Astro
Tue Nov 01 2016
Al-Nassr 3-1 Al-Khaleej: Ronaldo nets twice and passes up penalty in cup semi-final
Report: Al-Nassr 3-1 Al-Khaleej
Hayes concedes title race is over as Chelsea suffer dramatic Liverpool defeat
Emma Hayes: WSL title race is over
Sancho outshines Mbappe as Dortmund seize initiative against PSG
Sancho outshines Mbappe in BVB win
Borussia Dortmund 1-0 Paris Saint-Germain: Fullkrug hands hosts first-leg win
Report: Borussia Dortmund 1-0 PSG
Liverpool 4-3 Chelsea: Blues' title hopes suffer huge hit as Bonner decides seven-goal thriller
Report: Liverpool 4-3 Chelsea
'It's here to stay' – Postecoglou jokes he's moving to Sweden to escape VAR
Postecoglou seeking VAR-free life
Top seed Sinner withdraws from Madrid Open ahead of quarter-finals
Injured Sinner out of Madrid Open
IPL: Punjab Kings spinners frustrate CSK in routine win
IPL: Kings spinners frustrate CSK
Alcaraz sees Madrid Open reign ended by Rublev in last eight
Rublev ends Alcaraz reign in Madrid
Pochettino says Chelsea in 'most challenging period' ahead of Spurs reunion
Mauricio Pochettino's Chelsea take on his former club Tottenham on Thursday, with both teams needing points in the race for Europe.