Siri Super 1 Terbuka Johor: Fiross Faizal cipta sensasi tempah tiket ke Kejohanan Dunia

Muzaffar Musa
April 20, 2024 09:54 MYT
Pelari muda, Fiross Faizal, mencipta sensasi apabila menempah tiket secara merit ke Kejohanan Olahraga B-20 Dunia di Peru pada Ogos depan.
Menurut wartawan Astro Arena, Karl Nunis, Fiross layak ke kejohanan remaja dunia itu selepas mencatatkan masa 14.15s ketika mengungguli final acara 110m lari berpagar dalam Kejohanan Olahraga Siri Super 1 Terbuka Johor sebentar tadi.
Sebagai rekod, had kelayakan untuk ke kejohanan remaja dunia bagi acara 100m berpagar ialah 14.20s.
Kejayaan itu menyaksikan Fiross akan mengikut jejak langkah Azeem Fahmi, yang pernah mewarnai acara 100m kejohanan sama dalam edisi di Colombia pada 2022.
#Olahraga #Fiross Faizal #Olahraga Terbuka Johor