Kelantan Darul Naim (KDN) memberikan kesukaran buat Johor Darul Ta'zim (JDT) sebelum ketinggalan 0-1 kepada pasukan gergasi itu menjelang separuh masa pusingan pertama Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri ketika ini.

Turun dengan strategi bertahan luar biasa, pasukan Pantai Timur itu kelihatan ampuh mempertahankan gawang mereka.

Harimau Selatan memiliki deretan peluang berbahaya tetapi gagal menggugat ketangkasan Muhaimin Mohamad selaku benteng terakhir Kijang Emas.

Bagaimanapun keampuhan itu akhirnya runtuh juga pada minit ke-44 apabila lambungan Juan Muniz mencetus situasi kelam kabut di depan gawang KDN sebelum Fernando Forestieri menanduk masuk jaringan pendahuluan tuan rumah.