Bintang Liverpool, Trent Alexander-Arnold, terpukau dengan teknik sepakan percuma dua pemain Liga Super Malaysia, Safawi Rasid dan Manuel Hidalgo, musim ini.

Pemain kebangsaan England itu terpesona melihat jaringan yang dilakukan oleh tonggak Terengganu dan Sri Pahang itu ketika ditemu bual oleh Stadium Astro menerusi perkongsian di Youtube

Reaksi yang ditonjolkan memberi gambaran seolah Arnold cukup terkesima dengan gaya sepakan tersebut.



Selain Safawi dan Hidalgo, gol pemain import Johor Darul Ta’zim (JDT), Juan Muniz, juga diberi pengiktirafan terbaik oleh pertahanan Liverpool itu.

Tidak terlepas, pemain naturalisasi Harimau Malaya, Paulo Josue, turut dianggap sebagai salah seorang pemain yang mempunyai sepakan berbahaya ke arah gawang lawan.