Shaiful Shamsudin
Fri Jun 02 2023

KEDAH 2 SABAH 1
Lee Tuck muncul wira Kedah Darul Aman FC menjamin mata penuh di Alor Setar dengan meledak dua gol ketika melayani kunjungan Sabah FC, sebentar tadi.
Kepulangan pemain tengah, Baddrol Bakhtiar, yang cukup sinonim dengan pasukan Hijau Kuning -- yang menerima sambutan gemuruh sebelum wisel permulaan -- menjadi arkitek Sang Badak untuk menghukum gawang Kedah pada minit ke-8.
Tandukan itu merupakan jaringan kedua Gabriel Peres dalam musim sulungnya bersama pasukan untuk perlawanan makin tegang dengan beberapa siri terjahan, namun tuan rumah yang dilihat lebih banyak mencipta peluang.
Bagaimana, lelebihan awal Sabah itu juga perlu dibayar dengan harga mahal apabila penyerang import, Jailton Paraiba, terpaksa dikejarkan ke hospital.
Insiden yang berlaku pada minit ke-28 itu menyaksikan Jailton melambung selepas tindakannya meluru ke arah pertahanan Kedah, Bojan Ciger, berakhir dengan pendaratan di bahagian kepala terlebih dahulu.
Kedah yang mengekalkan momentum akhirnya berhasil menyamakan kedudukan pada minit ke-40 menerusi Lee Tuck.
Ia melonjakkan lagi semangat anak buah Nafuzi Zain itu apabila pemain tengah naturalisasi tersebut sempat beroleh satu lagi kesempatan yang dinafikan Ifwat Akmal Che Kassim ketika menuju ke bilik persalinan.
Kedah terus mengasak gawang Sabah dan hampir menyaksikan kecederaan berlaku ke atas pemain Sabah yang terlanggar tiang gol, tetapi itu bukan satu-satunya kekalutan yang berlaku di kubu barisan bimbingan Datuk Ong Kim Swee berkenaan.
Dan gol yang dicari akhirnya berkunjung tiba hasil kelicikan Manuel Hidalgo yang memperdayakan Gabriel Peres pada minit ke-72 untuk Lee Tuck sekali lagi muncul pemusnah dengan merekodkan gol ketiganya musim ini.
Sementara itu, Kelantan United mengecapi kemenangan pertama musim ini apabila menjinakkan seteru Kota Bharu, Kelantan FC.
Gol Devid Silba dan OJ Porteira meletakkan Kijang Emas yang bertindak sebagai tuan rumah 2-0 di hadapan sebelum permainan yang tertangguh pada minit ke-37 akibat hujan lebat di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV itu bersambung.
Gol sepakan penalti daripada pemain import dari Nigeria, Ismael Akinade, untuk merapatkan jurang 1-2 pada masa kecederaan separuh masa pertama sekadar menyemarakkan lagi semangat juang anak buah Nazrulerwan Makmur untuk menokok dua jaringan lagi menerusi Syazwan Zainon dan Porteria untuk kedudukan 4-1.

Liga Super: Selangor benam Terengganu FC
Selangor FC berjaya melunaskan dendam apabila membelasah Terengganu FC (TFC) 4-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak sebentar tadi.

Liga Super: Perlawanan Kelantan FC, Sabah FC batal padang digenangi air
Aksi Liga Super membabitkan Kelantan FC dan Sabah FC yang dijadualkan berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini pada Jumaat, terpaksa dibatalkan akibat keadaan padang yang digenangi air kerana hujan lebat.

Liga Super: Cheng Hoe mahu Selangor kembali garang
Selangor FC dituntut mempamerkan karakter lebih garang apabila sekali lagi berdepan Terengganu FC dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak malam ini.

Liga Super: Selangor FC mungkin terlepas khidmat Yazan
Juara 33 kali Piala Malaysia, Selangor FC berkemungkinan terlepas khidmat pemain import Yazan Al-Arab dalam mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Sabah dapat tonik Piala Malaysia, Piala AFC di Brunei
Sabah FC tetap tampil garang tanpa beberapa tonggak utama yang mendapat panggilan semboyan negara Harimau Malaya apabila menjinakkan Brunei Darussalam 3-1 dalam perlawanan persahabatan di Kompleks Sukan Hassanal Bolkiah pada Rabu.

Liga Super: Kuching City buru mata penuh di laman Kelantan United
Ketua jurulatih Kuching City, Aidil Sharin Sahak, menegaskan pasukannya bakal turun dengan misi wajib menang ketika berdepan Kelantan United, malam esok.

Liga M3: Azim Rahim hampiri 20 gol buat Imigresen FC
Penggempur utama Imigresen FC, Abdul Azim Rahim, mengakui lega dapat membantu kelab Liga M3 itu meraih tiga mata berharga ketika berdepan PIB Shah Alam di Serdang, hari ini.

Pelaksanaan VAR perlu persediaan rapi
Sistem video bantuan pengadil (VAR) akan dilaksanakan dalam Liga Malaysia (Liga-M) hanya setelah segala persiapan rapi selesai dilakukan bagi penggunaan teknologi tersebut.

Liga Super: KL City tak sangka ledak empat gol di Ipoh
Kuala Lumpur (KL) City FC mengakhiri kemarau kemenangan dua perlawanan Liga Super dengan membelasah Perak FC, 4-0 di Stadium Perak, Ahad lalu.

Kuala Lumpur City beri Perak FC gambaran sebenar -- Yusri
Pengendali Perak FC, Yusri Che Lah, sukar menerima kekalahan besar kepada Kuala Lumpur (KL) City FC ketika pasukannya memerlukan mata untuk terus kekal bersaingan dalam Liga Super.

Tony Mowbray wants teams to fear Sunderland after another strong away display
The Black Cats were 3-0 winners at struggling Sheffield Wednesday.

Captain Ardie Savea proud of New Zealand’s 14-try drubbing of Italy
The All Blacks ran in 14 tries in a 96-17 victory in Lyon.

It is the food – Mikel Arteta suggests reason behind string of Basque coaches
Arteta will come up against old friend Andoni Iraola at Bournemouth on Saturday.

Only action from players will prompt changes to brutal schedules – Pep Guardiola
The Manchester City boss says he is ‘not going to influence anyone’.

Ange Postecoglou had a love of Liverpool as a youngster but says ‘things change’
The Spurs boss will aim to protect his lengthy unbeaten home record in league fixtures on Saturday night.

Barcelona gifted win over Sevilla by Sergio Ramos own goal
The former Real Madrid defender diverted Lamine Yamal’s header past his own keeper.

New Zealand close on World Cup quarter-final spot with 14-try mauling of Italy
Aaron Smith scored a first-half hat-trick as the All Blacks ran riot in Lyon.

Sheffield Wednesday hit a new low as Sunderland ease to victory at Hillsborough
The Black Cats won their fourth match in five comfortably.

Ben Earl raised eyebrows when he first arrived at Saracens, says Maro Itoje
The dynamic back row is taking his debut World Cup by storm.

Five-star Hamilton too hot for Annan
Accies hit four goals in the second half to make it seven wins from eight matches.