SELBATC: Terima kasih Persatuan Badminton Korea -- Lee Zii Jia

Daeng Dhadyry
February 12, 2024 15:40 MYT
Lee Zii Jia tampak berkobar-kobar untuk turun menggalas tugas negara di Kejohanan Badminton Berpasukan Asia 2024 (SELBATC) selepas selesai jalani latihan di Jincheon, Seoul.
Dalam satu temubual bersama wartawan Astro Arena, Karl Nunis, Zii Jia sempat menyuarakan rasa berterima kasih kepada Persatuan Badminton Korea (BKA) yang memberikan kebenaran kepadanya berlatih selama 11 hari di Seoul.
"Terima kasih kepada BKA kerana berikan kebenaran saya berlatih bersama, menggunakan kemudahan dan memberikan layanan yang baik", kata Zii Jia.
Zii Jia turut mengatakan bahawa BKA adalah salah satu tempat yang memiliki fasiliti antara yang terbaik di dunia.

Tak sabar nak tengok gameplay LZJ selepas berlatih di Korea. For sure sedikit sebanyak ada perubahan positif. Let’s support our #TeamMas going all the way to defend BATC title. ⁦⁦@ASTROARENApic.twitter.com/UOPEm9LwlI

— karlnunis (@_karlnunis) February 12, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Untuk laporan lanjut, ikuti Nadi Arena jam 7.30 malam ini secara langsung di Astro Arena saluran 801.
Saingan SELBATC bakal buka tirai esok, 13hb sehingga 18hb di Setia City Convention Centre dengan skuad lelaki negara bakal beraksi pada jam 5.00 petang bertemu Brunei.
Saksikan perlawanan itu secara langsung di Astro Arena 801.
#badminton #Lee Zii Jia #BATC #SELBATC