Sehari selepas mengadakan pertemuan empat mata dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia, tampil menjelaskan mengenai spekulasi yang mengaitkannya untuk bergerak secara profesional.
Juara Kejohanan Seluruh England 2021 itu tidak lagi berselindung mengenai kemungkinan perkara itu akan berlaku, di mana perbincangan peringkat awal sudahpun bermula.
Bagaimanapun, pemain nombor tujuh dunia itu menegaskan bahawa dia masih di bawah naungan BAM dan hanya menunggu keputusan daripada badan induk itu.
Dalam satu temu bual bersama wartawan Nadi Arena, Syakirah Zulkifly, dia berkata: "Apa yang saya boleh cakap, saya bukan berada di tempat untuk memberikan komen mengenai perkara ini.
"Jika ada sebarang pengumuman, saya rasa BAM yang akan mengumumkannya.
"Jadi, sebagai pemain, apa yang saya mahukan adalah berlatih, beraksi baik, mendapatkan keputusan yang baik dan membuat negara saya bangga. Itu sahaja yang saya fikirkan.
"Jika saya seorang budak yang amat memberontak, anda tidak akan dapat melihat saya di gelanggang latihan ini hari ini.
"Hanya itulah yang boleh saya katakan, yang lain saya tiada komen.
"BAM akan melakukan pengumuman jika ada yang perlu diumumkan," katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara hari ini.
Dicanang sebagai pengganti Datuk Lee Chong Wei -- yang setia bersama BAM sehingga hari persaraannya -- Zii Jia berharap dia tidak lagi dibanding-bandingkan dengan legenda badminton negara itu.
"Yang pertama, saya bukan Datuk Lee Chong Wei. Apa yang dia capai dan apa yang dia ada amat berbeza dengan saya.
"Jadi, saya tidak boleh katakan yang saya mahu perkara seperti ini," katanya lagi.
Muzaffar Musa
Tue Jan 18 2022


Terbuka Singapura: Aaron Chia-Soh Wooi Yik mara ke separuh akhir
Pasangan beregu negara nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, lolos ke separuh akhir Terbuka Singapura selepas mempamerkan kebangkitan mengatasi wakil Indonesia, Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin, sebentar tadi.

Terbuka Singapura: Tang Jie-Ee Wei teruskan kemaraan
Beregu campuran meningkat naik negara, Chen Tang jie-Toh Ee Wei, meneruskan cabaran dalam Kejohanan Badminton Terbuka Singapura apabila layak ke suku akhir dengan menewaskan pasangan Belanda, Robin Tabeling-Selena Piek, di Stadium Tertutup Singapura, Kallang sebentar tadi.

Terbuka Singapura: Yew Sin-Ee Yi gah ke suku akhir
Beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, meneruskan cabaran Malaysia dalam Kejohanan Badminton Terbuka Singapura apabila layak ke suku akhir dengan menewaskan gandingan Indonesia, Pramudya Kusumawardana-Yeremiah Erich Yacob Rambitan, secara set langsung dalam aksi pusingan kedua di Stadium Tetutup Singapura, Kallang hari ini.

Terbuka Singapura: Laluan Ng Tze Yong disekat Kunlavut Vitidsarn
Hasrat untuk menyaksikan perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Singapura tidak kesampaian selepas tewas kepada wakil Thailand, Kunlavut Vitidsarn, dalam aksi pusingan kedua di Stadium Tertutup Singapura, Kallang hari ini.

Terbuka Singapura BWF: Aaron-Wooi Yik padam tentangan Shohibul Fikri-Bagas Maulana
Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, lolos ke peringkat suku akhir Terbuka Singapura BWF buat julung kalinya selepas gagal melakukannya dalam dua percubaan terakhir.

Terbuka Singapura: Kecederaan paksa Pearly-Thinaah pulang awal
Beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M. Thinaah, terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada Kejohanan Badminton Terbuka Singapura seawal pusingan pertama apabila terpaksa menarik diri gara-gara kecederaan sebentar tadi.

Terbuka Singapura: Dua beregu lelaki negara tiada masalah ke pusingan kedua
Dua beregu lelaki negara tidak berdepan masalah untuk melangkah ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Singapura selepas menewaskan lawan masing-masing di Stadium Tertutup Singapura, Kallang hari ini.

Tiada lagi wakil dalam separuh akhir Terbuka Thailand 2023
Pentas suku akhir Terbuka Thailand 2023 tidak membawa tuah buat perseorangan lelaki negara selepas Ng Tze Yong disingkirkan dalam perhitungan ketiga oleh wakil Hong Kong, Lee Cheuk Yiu.

Rexy Mainaky tuntut kematangan Goh Sze Fei-Nur Izzudin Rumsani
"Jadilah dewasa, bukan seperti anak kecil." Demikian kata-kata itu diungkapkan Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky, apabila ditanya mengenai gandingan beregu lelaki yang kembali bertaut, Goh Sze Fei-Nur Izzudin Rumsani.

Program RTG: Bukan semua permintaan atlet akan dipertimbangkan -- Menteri KBS
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, menegaskan bahawa bukan semua permintaan atlet akan dipertimbangkan dalam Program Road to Gold (RTG) sebagai persiapan menuju ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Manchester City treble-winners can be judged among the greats – Pep Guardiola
City beat Inter Milan 1-0 in Istanbul to add the Champions League to their Premier League and FA Cup successes.

Rio Ferdinand: We all agree Pep Guardiola is one of greatest managers ever
The Spanish manager secured a 12th major trophy with City.

Pep Guardiola emotional as Manchester City win Champions League to seal treble
Rodri’s lone strike took the trophy back to the Etihad Stadium.

Live – Treble-chasing Manchester City face Inter Milan in Champions League final
City are looking to win the competition for the first time.

India bid hit by stunning Cameron Green catch after Australia set record target
Australia set India an unprecedented 444 to win in just over four sessions in the World Test Championship final.

Novak Djokovic faces Casper Ruud in French Open final with history in his sights
The Serbian can become the most successful man ever by defeating Casper Ruud.

Singapore Open: Aaron-Wooi Yik, Tang Jie-Ee Wei halted in semis
Malaysia's participation at the Singapore Open ended in the semi-finals following losses to Chen Tang Jie-Toh Ee Wei and Aaron Chia-Soh Wooi Yik on Saturday.

Katie Swan to face Yanina Wickmayer in Surbiton Trophy final
Swan could go on to claim the British number one ranking if she lifts the title.

Manchester City owner Sheikh Mansour in Istanbul to watch Champions League final
It will only be the second game he has attended since his investment vehicle, the Abu Dhabi United Group, purchased City in 2008.

Justin Rose recalls ‘magical’ US Open triumph 10 years on
Rose won his first, and so far only, major title at Merion a decade ago.