Roslin cadang Misbun kembali latih pemain perseorangan negara

Ammar Hakim
October 2, 2024 20:38 MYT
Susulan rombakan struktur jurulatih Persatuan Badminton Malaysia semalam, bekas perseorangan lelaki nombor satu dunia, Roslin Hashim, mencadangkan legenda negara, Datuk Misbun Sidek untuk menggalas tanggungjawab sebagai ketua jurulatih bagi kem perseorangan lelaki.
BAM telah mengumumkan senarai 34 pemain bagi membawa cabaran skuad senior bagi tahun 2025 yang diterajui oleh Pengarah Kejurulatihan, Rexy Mainaky.
Sementara jurulatih dari Indonesia, Hendrawan turut telah meletak jawatan, Roslin mahu kembali menyaksikan Misbun kembali melatih barisan pemain perseorangan negara.
#badminton #BAM #Persatuan Badminton Malaysia #Misbun Sidek #Roslin Hashim