Pasca kegagalan juara Seluruh England 2021, Lee Zii Jia, untuk keluar daripada prestasi tidak menentu menerusi kekalahan kali keenam berturut-turut dalam pusingan awal di Jerman tempoh hari.

Sejak itu, pelbagai inisiatif diambil untuk mengembalikan keyakinan pemain perseorangan keempat dunia itu.

Terbaru, Presiden Persatuan Badmintom (BAM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria, memberi bayangan pintu sentiasa terbuka buat Zii Jia kembali ke pangkuan badan induk itu atau sedia bekerja sama bagi mengembalikan prestasinya seiring Program Road to Gold ke Paris 2024.

"Sama ada dia adalah pemain profesional atau pun pemain BAM, kami tidak melihat kepada itu.







"Kami pandang mereka sebagai pemain Malaysia yang berpotensi meraih pingat, untuk melihat kepada perkara yang boleh membantu mereka.

"Saya fikir isu sama ada Lee Zii Jia balik ke tidak (ke pangkuan BAM) adalah isu berasingan.

"Dan kami mengalu-alukan menteri akan berjumpa Lee Zii Jia dan kita tunggu keputusan tersebut," kata selepas hadir mempengerusikan jawatankuasa program Sukan Olimpik 2024 itu.