Rexy Mainaky gesa RTG diteruskan, terbukti berkesan
Najmi Iman
August 13, 2024 19:40 MYT
August 13, 2024 19:40 MYT
Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky, memuji keberkesanan program 'Road to Gold' (RTG) oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang membantu meningkatkan kualiti atlet badminton sehingga berjaya menghasilkan kilauan pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024.
Dalam misi menuju edisi seterusnya di Los Angeles 2028, Rexy Mainaky memberi cadangan supaya program tersebut diteruskan untuk menyokong perkembangan setiap atlet.
"Walaupun RTG ditubuhkan pada tahun lalu, ia sudah membantu atlet badminton membawa pingat buat negara.
"Saya berharap RTG diteruskan bermula sekarang kerana mempunyai masa yang sesuai untuk mendapatkan hasilnya," katanya.
Dalam masa sama, Rexy tidak menolak kemungkinan untuk mengekalkan pasangan beregu sedia ada untuk dibawa ke temasya berprestij itu empat tahun lagi.
Namun, perkara itu boleh berlaku jika tiada pemain yang mengalami kecederaan teruk dan mereka perlu kekal berdisiplin dalam menjalani latihan.
Pengarah Kejurulatihan ABM, Rexy Mainaky tidak menafikan bahawa pair sedia ada akan kekal untuk beraksi di LA2028 jika tiada kecederaan. @ASTROARENA pic.twitter.com/qCbbsL3vEo
— Fatin Ruzaiman (@fateenshazwani) August 13, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Ia bukanlah perkara untuk menggilap kemampuan setiap pemain sebaliknya, tidak mahu memberi kecederaan yang berat kepada mereka.
"Jika kita tidak mempunyai sebarang kecederaan serius, kem badminton akan terus lebih garang di LA 2028 kelak," tambahnya.