Ranking MA AFC: Bakal hilang slot ACLE, JDT harapan terakhir Selangor ke Asia lagi

Najmi Iman
December 6, 2024 13:53 MYT
Vietnam dan Australia memintas kedudukan Malaysia dalam perebutan slot ke pentas tertinggi kejohanan bola sepak Asia.
Menerusi kemas kini kedudukan Ranking MA Kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia, Malaysia sekarang berada di tempat ketujuh dengan pungutan 34.361 mata di belakang dua negara tersebut.
Rentetan itu, Malaysia bakal terlepas peluang untuk beraksi dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) pada musim depan sekiranya tiada perubahan berlaku.
Ini dipengaruhi oleh juara Liga Super 10 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT), yang gagal mencipta kemenangan di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Selasa lalu.

This is the last update of AFC Club Competitions Ranking in 2024. The final ranking in the end of the season will be used to allocate slots for 2026/27.#ACLElite & #ACLTwo will have a 2-month winter break until February, so it will be a bit long before the next ranking update pic.twitter.com/5xhRNbQpq2

— Footy Rankings (@FootyRankings) December 5, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam masa sama, meskipun menang besar ke atas kelab Filipina, Selangor turut hampa apabila tidak berjaya melayakkan diri ke pusingan seterusnya dan mengakhiri cabaran di peringkat kumpulan yang sudah tersingkir, semalam.
Sydney (Australia) dan Nam Dinh (Vietnam) memacu negara masing-masing melonjak ranking yang menyaksikan mereka berada di depan Malaysia.
Begitupun, kedudukan itu boleh berubah kerana JDT masih mempunyai baki perlawanan dan harapan tunggal terletak kepada skuad Harimau Selatan untuk membawa misi negara ke peringkat seterusnya.
#bola sepak #johor darul ta'zim #JDT #Selangor #liga #Asia #Juara-Juara #ACL2 #ACLE #Liga Juara-Juara Asia Elit #2
;