Khabar duka buat pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia, apabila terpaksa akur tergelincir dua anak tangga ke kedudukan nombor empat dunia.
Harga mahal dibayar pemain dari Alor Setar, Kedah itu apabila membuka tirai 2023 dengan langkah kiri susulan dua kekalahan berturut-turut di pusingan awal.
Tempat Zii Jia kini diambil alih oleh pemain Indonesia, Anthony Sinisuka Ginting, manakala pemain Denmark, Viktor Axelsen, kekal dengan statusnya sebagai pemain nombor satu dunia.
Seorang lagi wakil Indonesia, Jonatan Christie, memanjat satu anak tangga apabila berubah berada di nombor tiga dunia.
Perubahan ranking itu dikemas kini Persekutuan Badminton Dunia (BWF) sebentar tadi.
Cabaran buat Zii Jia yang bergerak solo tanpa jurulatih apabila ditunjukkan jalan keluar seawal pusingan pertama Terbuka Malaysia, awal bulan ini selepas kalah kepada Kodai Naraoka dari Jepun.
Pemain berusia 25 tahun itu turut tersingkir dalam pusingan kedua Terbuka India, minggu lalu selepas tewas kepada pemain China, Li Shi Feng.
Dalam pada itu, tuah buat beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, apabila memperoleh ranking terbaik dalam karier mereka apabila mendaki satu anak tangga untuk berada di tempat kedua.
Kedudukan mereka itu berada belakang pasangan Indonesia, Fajar Alfan-Muhamad Rian Ardianto, yang kekal sebagai pasangan nombor satu dunia.
Pencapaian tertinggi Aaron-Wooi Yik itu turut dipacu hasil kejayaan mereka muncul naib juara Terbuka India di New Delhi, kelmarin.
Skrip berbeza buat pasangan Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei yang terkeluar daripada kelompok 10 terbaik apabila turun satu tangga ke tempat ke-11.
Pencapaian suram tersingkir dalam pusingan pertama Terbuka Malaysia dan Terbuka India gagal membantu mereka untuk kekal dalam gandingan 10 terbaik.
Dalam pada itu, beregu wanita, Pearly Tan-M Thinaah yang turun dua anak tangga minggu lalu kembali ke kedudukan keenam dunia.
Bagi kategori beregu campuran, kedudukan ranking Chen Tang Jie-Toh Ee Wei melonjak apabila menghuni tempat ke-57 dunia.
Mereka mempamerkan aksi memberangsangkan apabila mara sehingga suku akhir Terbuka Malaysia sebelum terkandas pada pusingan kedua Terbuka India.
Kredit: Sinar Harian
Sinar HarianĀ
Tue Jan 24 2023


Terbuka Switzerland BWF: Zii Jia lolos ke suku akhir
Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia tidak berdepan masalah apabila mengesahkan kemaraan ke peringkat suku akhir Terbuka Switzerland di Basel sebentar tadi.

Terbuka Switzerland BWF: Lee Zii Jia ketepikan juara Seluruh England
Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia, mencipta kejutan awal apabila menumbangkan juara Seluruh England, Li Shi Feng, dalam pusingan pertama Terbuka Switzerland BWF di Basel, awal pagi tadi.

Seluruh England BWF: Lee Zii Jia atasi Kodai Naraoka dalam pertarungan tiga set
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia, meneruskan kisah kebangkitan apabila melangkah ke separuh akhir Kejohanan Seluruh England BWF 2023, sebentar tadi.

Seluruh England: Zii Jia lepasi halangan awal
Juara 2021, Lee Zii Jia berjaya mengatasi halangan awal dalam Kejohanan Badminton Seluruh England sebentar tadi.

Road to Gold: BAM tunggu hasil pertemuan menteri-Lee Zii Jia
Pasca kegagalan juara Seluruh England 2021, Lee Zii Jia, untuk keluar daripada prestasi tidak menentu menerusi kekalahan kali keenam berturut-turut dalam pusingan awal di Jerman tempoh hari.
.jpeg?ext=.jpeg)
Terbuka Jerman: Lee Zii Jia kandas dalam pusingan kedua
Perseorangan lelaki badminton nombor satu negara, Lee Zii Jia, menerima satu lagi kejutan apabila tersingkir seawal pusingan kedua kejohanan bertaraf Super 300, Terbuka Jerman, di Mulheim sebentar tadi.

Zii Jia duta LG Electronics Maaysia
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia, memperoleh suntikan bagi persiapan menempuhi musim 2023 apabila bertindak sebagai duta pengeluar alatan rumah terkemuka LG Electronics Malaysia.

Zii Jia perlukan satu gelaran pulih keyakinan -- Chong Wei
Legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, menyeru perseorangan negara, Lee Zii Jia, mampu mejuarai kejohanan secepat mungkin.

Lee Zii Jia tetap mahu bergerak solo
Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia, belum 'terbuka hati' untuk mengubah pendiriannya bagi mendapatkan bimbingan jurulatih selepas 'berpisah' dengan Indra Wijaya tahun lalu.

Fikiran Zii Jia masih celaru, kata pemerhati sukan tanah air
Pemain perseorangan badminton negara, Lee Zii Jia, boleh diibaratkan seperti orang buta bersilat sekiranya mengekalkan pendirian untuk tidak mempunyai jurulatih selepas tampil hambar tiga aksi permulaan musim 2023.

Modric reaffirms commitment to Madrid amid links to Ronaldo's Al Nassr
Real Madrid midfielder Luka Modric is out of contract at the end of the season, but he is hoping to stay with the LaLiga giants.

France 4-0 Netherlands: Mbappe leads to way to ruin Koeman's comeback
Kylian Mbappe and Antoine Griezmann put their captaincy battle behind them to help France to a comfortable win over the Netherlands.

Sweden 0-3 Belgium: Lukaku hat-trick gets Tedesco tenure off to flying start
In their first game since December's World Cup exit, Belgium were comfortable 3-0 winners over Sweden in Friday's Euro 2024 qualifier.

Doncic fined $35,000 for money gesture directed at officials
A frustrating game for the Mavericks saw them lose to the Warriors after what they deemed to be an incorrect referee call.

Yaya Toure confident of managerial opportunities despite Vieira sacking
The recent dismissal of Patrick Vieira by Crystal Palace means there are no black managers in the Premier League.

Morata's pride at Spain captaincy as De la Fuente seeks strong start
New captain Alvaro Morata hopes to repay incoming Spain coach Luis de la Fuente as his reign starts against Norway.

Casemiro the latest Brazil star to endorse Ancelotti for Selecao job
Carlo Ancelotti has been linked with the vacant Brazil job, and although Casemiro approves, he also wants Real Madrid to be respected.

Nagelsmann sacked: Bayern CEO Kahn cites 'less successful and less attractive' football as reason for change
Julian Nagelsmann has been sacked as Bayern Munich head coach after losing top spot in the Bundesliga to Borussia Dortmund.

Everton referred to independent commission over alleged FFP breach
Everton are alleged to have broken financial fair play regulations and face a wait to discover if they will be docked points.

March Madness: 'It was like a Rocky fight' says Kansas State star Nowell after breaking assist record
A big performance from Markquis Nowell helped guide the Kansas State Wildcats to the Elite 8 stage of the NCAA Tournament.