Ramos ucap tahniah kepada Nadal selepas juarai Terbuka Perancis
Penulis Jemputan
June 12, 2017 12:10 MYT
June 12, 2017 12:10 MYT
Kapten Real Madrid, Sergio Ramos, merakamkan ucapan tahniah kepada Rafael Nadal selepas legenda tenis itu meraih mahkota ke-10 Terbuka Perancis, awal hari ini.
Ia adalah hari bersejarah di Roland Garros apabila Nadal menjadi pemain pertama dalam Era Terbuka memenangi kejohanan itu 10 kali selepas menewaskan Stan Wawrinka 6-2, 6-3, 6-1 dalam perlawanan akhir.
Nadal -- 'Raja Tanah Liat' -- berada dalam kelasnya untuk menuntut Coupe des Mousquetaires buat kali pertama sejak 2014.
Dan Ramos -- yang meraih 'La Decima' tersendiri apabila kelab gergasi Sepanyol itu memenangi trofi Eropah ke-10 mereka pada 2014 -- memuji peminat fanatik Madrid itu selepas Sepanyol menewaskan Macedonia 2-1 dalam kelayakan Piala Dunia, juga awal hari ini.
"Dia seorang ikon sukan di Sepanyol, dia adalah salah seorang legenda sukan Sepanyol," kata Ramos.
"Dan selain itu, dia adalah peminat Madrid."
Ramos berkata demikian selepas David Silva and Diego Costa membawa Sepanyol memimpin Kumpulan G dengan kemenangan di Skopje.
Sepanyol berada di atas lebih awal daripada Itali dengan perbezaan gol selepas enam perlawanan.