Prestasi Jun Hao kian matang -- Hafiz Hashim
Shaiful Shamsudin
November 18, 2024 18:42 MYT
November 18, 2024 18:42 MYT
Bekas pemain perseorangan lelaki negara, Hafiz Hashim, turut berbangga dengan pencapaian Leong Jun Hao dalam Masters Jepun di Kumamoto, semalam.
Bagi Hafiz, kualiti permainan yang ditampilkan oleh perseorangan lelaki itu yang dianggap sudah matang hingga mampu menewaskan beberapa pemain terbaik dunia.
Namun, apa yang perlu ditambah baik oleh Jun Hao adalah dua perkara iaitu kekuatan mental dan juga meningkatkan daya tahan diri apabila mara ke final untuk muncul sebagai juara.
"Dia perlu menunjukkan peningkatan yang bagus, cuma dia memerlukan ketahanan kejohanan yang selalunya berlangsung 5-6 hari.
"Ketahanan perlawanan pula dia sudah ada. Dia tunjukan persembahan yang bagus dalam MAsters Jepun.
"Cuma dalam final dia sudah penat, dia tidak dapat bermain di peringkat sebelumnya.
"Dia berdepan Li Shi Feng dalam final tetapi tenaga dia sudah berkurangan. Apabila keadaan fizikal menyebabkan dia tidak dapat bermain dengan bagus, mentalnya mudah berputus asa," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.