Pramusim: Syafiq Ahmad ketuai kemenangan Kedah

Saufi Tahir
April 25, 2024 03:03 MYT
Kedah Darul Aman 2-0 Negeri Sembilan
Kedah Darul Aman (KDA) mula mendapat rentak kemenangan mereka dalam perlawanan pramusim mereka selepas menewaskan Negeri Sembilan 2-0 di Stadium Darul Aman, malam tadi.
Sebelum ini pasukan kendalian Nafuzi Zain itu melakar keputusan tewas dan seri dalam perlawanan pramusim di kejohanan empat penjuru berdepan Penang dan Terengganu, sebelum ini.

⚔ FULL TIME ⚔ FT | KDA FC 2 - 0 Negeri Sembilan FC ⚽️⚽️ 26' 62' Gordic (KDA FC) pic.twitter.com/sjFqmHg5CC

— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) April 24, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pemain import baru KDA, Milos Gordic, cemerlang menjaringkan dua gol untuk pasukan itu dengan Syafiq Ahmad dilihat diberikan kepercayaan sebagai kapten pasukan.
#bola sepak #Syafiq Ahmad #Kedah Darul Aman