Pendatang baru, Kelab Badminton Kuantan Synergy (KSBC), mencipta kejutan apabila mengungguli pusingan pertama Divisyen Satu, Purple League Junior (PLJ) di Sports Arena Falim, Ipoh hari ini.
Mengekori di belakangnya adalah Kepong BC dengan KSBC mengutip 571-479 mata set selepas memenangi kesemua tiga perlawanan manakala Kepong BC mengumpul 589-537 mata set daripada dua kemenangan.
KSBC, yang dinaikkan daripada Divisyen Dua selepas muncul naib juara musim lalu, bermula garang dengan merekodkan kemenangan ke atas Petaling BC (12-8) dan juara Divisyen Dua, Amanjaya BC (13-6).
Skuad bimbingan Azman Amman itu menempatkan diri sebagai pasukan pilihan musim ini apabila menundukkan naib juara musim lalu, Ampang Jaya BC, 13-6 hari ini.
KSBC meraih dua kemenangan 3-0 yang diraih Muhd Nurfirdaus Azman dalam acara perseorangan lelaki, dan gandingan dari Taiwan, Hsu Yin Hui-Sung Yi Hsuan, dalam acara beregu perempuan.
AJBC kemudian cuba melakar kebangkitan apabila pasangan beregu campuran mereka, Ling Wei Jie-Odelia Wong Qiao Shi, menundukkan Eng Chun Yu-Siti Zulaikha 3-1 tetapi ia sekadar menangguhkan kemenangan pendatang baru itu yang dimuktamadkan oleh pemain Taiwan, Tu Chia Wei, dalam acara perseorangan wanita -- menundukkan Ong Xin Yee 3-1.
Mata terakhir KSBC disumbangkan oleh beregu lelaki, Kang Khai Chien-Muhd Afiq Fahmi Mohd Azlan, yang mengecewakan pasangan Singapura, Junsuke Kubo-Eng Keat Koh (3-2).
“Ikutkan nama dan reputasi, pasukan kami sebenarnya tidak diletakkan harapan tinggi tetapi berbekalkan kerjasama sepasukan yang ditunjukkan, kami mampu menewaskan pasukan yang lebih gah dan ternama,” kata Azman selepas tamat perlawanan.
“Saya berbangga dengan persembahan yang ditunjukkan mereka dan berharap mereka dapat meneruskannya dalam pusingan kedua,” tambahnya.
Penulis Jemputan
Sun Sep 22 2019
NBA: Mavs eliminate Clippers, Magic overcome Mitchell's 50 to force Game 7
The Mavericks beat the Clippers to advance to the Western semifinals and the Magic topped the Cavaliers to keep their season alive
Nashville SC v CF Montreal: Smith knows strugglers must make home comforts count
Preview: Nashville v Montreal
Houston Dynamo v St. Louis City: Carnell eager to get going after extended break
St. Louis City travel to Texas to face the Houston Dynamo on Saturday.
Chicago Fire v New England Revolution: Acosta says composure key for misfiring hosts
Preview: Chicago Fire v New England
Vancouver Whitecaps v Austin FC: Sartini hails 'special' White ahead of enticing BC Place meeting
Sartini hails White ahead of Austin
Real Salt Lake v Sporting Kansas City: Mastroeni lauds team effort of Western Conference leaders
Mastroeni lauds Salt Lake
Hoffenheim 1-1 RB Leipzig: Kramaric denies visitors after Simons red card
Report: Hoffenheim 1-1 RB Leipzig
Alcaraz withdraws from Italian Open, Rublev to meet Auger Aliassime in Madrid
Alcaraz to miss Italian Open
Luton Town 1-1 Everton: Hatters squander opportunity to climb out of relegation zone
Report: Luton 1-1 Everton
Lakers fire coach Darvin Ham after swift first-round exit
Lakers fire Ham after 2 seasons