Pliskova terpaksa tarik diri daripada Terbuka Australia

Muzaffar Musa
December 16, 2021 13:46 MYT
Pemain nombor empat dunia, Karolina Pliskova, terpaksa menarik diri daripada Kejohanan Tenis Terbuka Australia bulan depan gara-gara kecederaan tangan.
Pliskova -- naib juara dua kali kejohanan grand slam dan layak ke separuh akhir Terbuka Australia 2019 -- mengalami kecederaan itu sewaktu sesi latihannya.
Juara 16 kali Jelajah WTA itu akan terlepas kejohanan grand slam pembuka musim, yang akan bermula pada 17 Januari depan, buat kali pertama sejak gagal melepasi pusingan kelayakan pada 2012.
"Malangnya saya tercedera tangan kanan sewaktu latihan semalam dan tidak dapat beraksi di Adelaide, Sydney dan Terbuka Australia tahun ini," kata bintang Republik Czech itu.
"Saya sedih kerana tidak dapat memulakan musim ini di Australia dan akan merindui penyokong saya di Australia."

You will be missed, @KaPliskova. Wishing you a speedy recovery ? #AusOpen pic.twitter.com/4f7apyIAyb

— #AusOpen (@AustralianOpen) December 16, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Karolina Pliskova #WTA #Australian Open #Tenis #Grand Slam
;