Juara bertahan, Denmark, bakal menjadi halangan utama skuad negara dalam saingan peringkat kumpulan dalam Pusingan Akhir Piala Thomas 2018, Mei depan.
Dalam majlis undian Piala Thomas dan Uber 2018 di Hotel Arnoma Grand di Bangkok, malam ini, Malaysia diundi dalam Kumpulan D bersama-sama Denmark, Russia dan Algeria.
Undian kali ini, bagaimanapun, dilihat memberi kelegaan kepada pasukan Malaysia kerana dapat mengelak berdepan pasukan terbaik Asia dalam saingan pusingan awal.
Pusingan Akhir Piala Thomas dan Uber dijadual berlangsung di Bangkok dari 20 hingga 27 Mei depan.
Saingan di peringkat kumpulan itu adalah peluang kepada skuad Malaysia untuk menebus kekecewaan apabila tumpas di tangan Denmark dalam separuh akhir pada edisi 2016 di Kunshan, China.
Pilihan utama yang juga juara sembilan kali, China, mengetuai Kumpulan A yang terdiri daripada pasukan India, Perancis dan Australia, manakala Kumpulan B menampilkan juara 13 kali Indonesia, Korea Selatan, Kanada dan tuan rumah, Thailand.
Kumpulan C pula membariskan Taiwan, Jepun, Jerman dan Hong Kong.
Dalam kempen Piala Uber, Malaysia bagaimanapun tidak bernasib baik apabila diundi bersama-sama juara bertahan China, Indonesia dan Perancis dalam Kumpulan D.
Jepun mengetuai Kumpulan A yang terdiri dari India, Kanada dan Australia manakala Thailand diletakkan dalam Kumpulan B dengan Taiwan, Jerman dan Hong Kong.
Kumpulan C pula membariskan Korea Selatan, Denmark, Russia dan Mauritius.
Dua pasukan teratas setiap kumpulan, masing-masing dalam saingan Piala Thomas dan Uber, akan mara ke suku akhir.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 22 2018
Eriksen says Man Utd players must take blame for Selhurst Park rout
Michael Olise scored twice as Crystal Palace thrashed Manchester United at Selhurst Park on Monday.
Timberwolves rout Nuggets for 2-0 series lead
The Timberwolves took a 2-0 lead on the Nuggets, while Jalen Brunson again topped 40 points in a Knicks' win in Monday's NBA playoffs.
Wembanyama named NBA Rookie of Year
San Antonio Spurs star Victor Wembanyama was a unanimous choice as the NBA's Rookie of the Year, the league announced Monday.
'I will keep fighting' - Ten Hag adamant he is the right manager for Man Utd
Ten Hag adamant he is right manager
Man Utd thrashing a 'big statement' but Palace are not surprised, says Eze
Eze: Man Utd trashing 'says a lot'
Udinese 1-1 Napoli: Struggling Bianconeri grab last-gasp home draw
Report: Udinese 1-1 Napoli
Crystal Palace 4-0 Manchester United: Olise stars as Eagles soar to thumping victory
Michael Olise was at the double as Crystal Palace thrashed Manchester United 4-0 in Monday's Premier League encounter at Selhurst Park.
Al Ahli 1-2 Al Hilal: Malcom saves league leaders' winning streak
Report: Al Ahli 1-2 Al Hilal
Terzic: Dortmund must improve on last week's performance to win at PSG
Terzic: Dortmund need improvement
Carragher: Moyes leaving West Ham 'a great decision for everybody'
Moyes departure the right call