Skuad hoki negara berjaya mengembalikan keyakinan penyokong selepas meraih kemenangan pertama menetang Kanada dalam kempen Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) Di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, Ipoh, sebentar tadi.

The Speedy Tigers membuka tirai jaringan menerusi pemain berpengalaman, Fitri Saari, pada minit ke-13 sebelum Azrai Aizad Abu Kamal dan Azimuddin Kamaruddin menggandakan kedudukan sejurus selepas tamat separuh masa pertama.

Aksi agresif Malaysia menyerang kubu lawan dalam suku kedua perlawanan membuahkan hasil positif apabila jaringan Malaysia hadir melalui Nik Aiman Rozemi dan pemain senior, Faizal Saari sebelum Syed Syafiq Syed Cholan mudah menyempurnakan pukul sudut penalti pada minit ke-48 permainan.

Kanada, bagaimanapun mampu menghasilkan dua gol tetapi tidak mampu menandingi kehebatan anak buah Sarjit Singh itu.

Selepas ini, Malaysia akan bertemu pasukan di ranking ke-10 dunia, New Zealand, 7 Mei ini.