Shaiful Shamsudin
Tue May 16 2023

Keyakinan diri terbukti menjadi salah satu ramuan penting buat Goh Jin Wei yang menjadi salah satu pemangkin kemenangan negara ketika membelasah India 5-0 dalam Piala Sudirman, malam tadi.
Pemain perseorangan wanita negara itu menewaskan P. V. Sindhu dalam pertarungan tiga set untuk menghadiahkan mata ketiga pasukan untuk negara selepas menewaskan bintang India itu 14-21, 21-10, 22-20 bagi melakar kemenangan mutlak, sekali gus mengesahkan tiket suku akhir dalam acara berpasukan campuran itu.
“Saya tidak terfikir untuk menang atau kalah. Saya hanya mahu memberikan yang terbaik dan menamatkan perlawanan. Ini adalah satu perlawanan yang panjang, maraton. Kemenangan ini adalah tentang mempercayai diri sendiri dan menjadi bukti kepada mereka yang masih percayakan kemampuan saya,” katanya.
Ketika terikat 20-20, Jin Wei mengawal kedua-dua permainan rali itu dengan mempamerkan ketangkasan serta ketenangan untuk melakar kejutan.
Beregu campuran, Goh Soon Huat-Shevon Lai, sebelum itu memberikan Malaysia mata pendahuluan sebelum Lee Zii Jia dengan mudah menewaskan K. Srikanth 21-16, 21-11 untuk menjadikan kedudukan 2-0.
Pemain nombor lapan dunia itu meraikan kemenangannya dalam tempoh 36 minit itu dengan gaya ‘Siuu’ yang sinonim dengan bintang Portugal, Cristiano Ronaldo.
“Ronaldo adalah idola saya, sebab itu saya melakukan sambutan itu. Dia adalah inspirasi bukan sahaja kepada saya, tetapi atlet di seluruh dunia. Kemenangan ini pastinya meningkatkan keyakinan saya. Kedua-dua negara amat memerlukan kemenangan ini dan saya gembira saya dapat menjayakannya.
“Saya sedia bekerja sekeras mungkin untuk perlawanan ini, apatah lagi selepas saya tewas kepadanya dalam Terbuka Jepun tahun lalu,” kata Zii Jia.
Selepas memiliki tiga mata, tekanan beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, mempamerkan aksi meyakinkan ketika menewaskan juara Asia, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty, 21-18, 21-19 untuk menjadikan kedudukan 4-0 dan
Pearly Tan-M.Thinaah mengesahkan kemenangan bersih negara.
Malaysia akan berehat hari sebelum menentang Taiwan dalam pertembungan terakhir Kumpulan C, esok.
Kontinjen lawan yang diketuai Chou Tien-chen juga sudah mara ke suku akhir selepas mengetepikan India dan Australia.

Rexy Mainaky gusar perkembangan pelapis perseorangan, beregu wanita
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky, tampak bimbang akan kelangsungan sektor pemain wanita yang kini masih tercari-cari pelapis yang mampu menggentarkan lawan di pentas dunia.

SOPMA: Dymphna Simon bantu Pulau Pinang raih dua emas
Jika edisi lalu dia membawa nama negeri kelahiran, Sabah dalam saingan Sukan Orang Pekak Malaysia (SOPMA), kini Dymphna Simon membantu Pulau Pinang meraih dua pingat emas dalam acara badminton.

Lin Dan akui badminton masih kerdil di mata dunia
Lin Dan -- yang diangkat sebagai pemain badminton yang hebat sepanjang zaman -- dalam sebuah video berkongsi kisahnya baru-baru ini mengenai suasana dalam Anugerah Sukan Dunia Laureus (LWSA) tahun lalu sambil mendedahkan menyedari tiada siapa yang mengenalinya atau mengenali sukan itu.

Teringin nasi briyani sempena raikan kejayaan Syed Modi
Choong Hon Jian-Haikal Nazri mengidam untuk menjamah ‘nasi briyani’ bagi meraikan kejayaan mereka merangkul kejuaraan beregu lelaki Kejohanan Badminton Antarabangsa Syed Modi, malam tadi, berikutan persembahan memberangsangkan untuk mengejutkan pilihan utama, Akira Koga-Taichi Saito.

Badminton Cabaran India: Choong Hon Jian-Haikal Nazri lakar kejutan raih gelaran beregu lelaki
Choong Hon Jian-Haikal Nazri mengharumkan nama negara dengan bergelar juara Kejohanan Badminton Antarabangsa India Syed Modi, sebentar tadi.

Badminton Antarabangsa India: Perjuangan Pang Ron-Cheng Su Yin tamat dalam separuh akhir
Sensasi yang dicipta beregu campuran, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, dalam Kejohanan Badminton Antarabangsa India Syed Modi dinafikan Yuki Kaneko-Misaki Matsumoto di peringkat separuh akhir, sebentar tadi.

Badminton Antarabangsa India: Soong Joo Ven berdepan perjalanan mencemaskan
Soong Joo Ven mendedahkan dia berdepan detik mencemaskan untuk sampai ke stadium bagi menghadapi perlawanan dalam Kejohanan Badminton Antarabangsa India Syed Modi yang disifatkan oleh pemain Malaysia itu sebagai berbahaya dan telah membuatkannya berasa mual.

Kejohanan Badminton Antarabangsa Syed Modi: Pang Ron-Su Yin lolos ke separuh akhir
Pasangan beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, terus mengorak langkah besar dalam gandingan baharu mereka selepas mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Antarabangsa Syed Modi menerusi satu lagi kemenangan mengagumkan.

Final Jelajah Dunia BWF: Pemain negara sedia tampil corak permainan terbaik -- Rexy
Empat ayam tambatan negara hanya mempunyai baki sembilan hari lagi sebelum terbang ke bumi Hangzhou, China untuk menghadapi saingan penutup musim, Jelajah Dunia BWF yang dijadualkan bermula pada 13 Disember ini.

Badminton Antarabangsa India: Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin lolos ke suku akhir
Pasangan beregu campuran negara Hoo Pang Ron dan Cheng Su Yin melepasi halangan di pusingan kedua Kejohanan Badminton Antarabangsa India selepas menundukkan beregu tuan rumah Nitin Kumar-Navdha Manglam.

England lose ODI series as West Indies chase reduced target
Jos Buttler out first ball as top-order collapse leaves England with mountain to climb in Barbados.

Ben Duckett helps England rally to 206 in ODI series decider against West Indies
The tourists had slumped to 49 five in the 10th over.

Bayern Munich hammered by Frankfurt as Jude Bellingham nets in Real Madrid draw
The German champions had not conceded five goals in the opening 60 minutes of a Bundesliga match since 1975.

Eddie Howe says Bruno Guimaraes ‘at the fulcrum of everything’ for Newcastle
The Brazil international suffered an ankle injury in January which hampered him for some time.

Pep Guardiola ready to throw ‘punch in the face’ that will reignite Man City bid
The treble winners have faltered in recent weeks and play Luton on Sunday.

Randal Kolo Muani earns PSG victory with late winner against former club Nantes
Mostafa Mohamed had earlier cancelled out Bradley Barcola’s opener.

Quickfire goals help Inter Milan move back to Serie A summit
Three goals in a seven-minute spell before half-time put the Nerazzurri on course for a 12th league win of the season.

Mikel Arteta refuses to be drawn on VAR rulings as Arsenal slump to Villa defeat
John McGinn’s early goal earned Aston Villa a 1-0 win over Arsenal and a club-record 15th successive home win in the league.

Aston Villa two points off top spot after John McGinn winner downs Arsenal
Villa have now won 15 successive home games in the Premier League.

No desperation for Matt Bloomfield despite winless run
Shrewsbury’s 1-0 win made it eight League One matches without a win for Wycombe.