PERANCIS 28 AFRIKA SELATAN 29

Tuan rumah, Perancis, terkandas di peringkat suku akhir Piala Dunia Ragbi selepas tewas satu mata kepada juara bertahan, Perancis, di Stade de France, awal pagi tadi.

Hanya 24 jam selepas New Zealand menyingkirkan Ireland dengan enam try di Paris, dua lagi pasukan dalam kelompok empat teratas dunia tu bertemu di peringkat suku akhir dan kali ini, ia berlangsung dengan lebih dramatik.

Dalam suasana di stadium yang cukup mengujakan menyambut kepulangan kapten Perancis, Anoine Dupont, yang kembali daripada kecederaan tulang pipi, Les Bleus, bagaimanapun, tewas tipis 28-29 untuk membenarkan The Boks mencongak perhitungan dengan England bagi penentuan ke final pada hujung minggu depan.

Pernah berdepan pengalaman beraksi di depan penyokong Perancis sebelum ini, di mana mereka tewas tipis di Marseille pada November tahun lalu, South Afrika berlatih dengan kegamatan sorakan penyokong melalui pembesar suara sebagai persiapan menghadapi aksi suku akhir berkenaan.

Dan usaha itu ternayata membantu menguatkan mental The Boks untuk tidak mengendahkan sorakan padu penyokong tuan rumah sepanjang perlawanan itu.

Eben Etzebeth melakukan try ketujuh dalam perlawanan itu pada minit ke-67 untuk The Boks mendahului satu mata yang kemudian disusuli dengan conversion Handre Pollard, sekali gus menyaksikan Afrika Selatan mendahului dengan kelebihan empat mata.

Thomas Ramos merapatkan jurang itu hasil sepakannya pada minit ke-72 tetapi Perancis gagal mencari try terakhir dan terpaksa akur impian mereka untuk menjulang Piala Dunia di laman sendiri tidak kesampaian.