Piala Dunia Hoki Dalam Dewan: Malaysia diundi dalam Kumpulan B

Saufi Tahir
September 23, 2024 13:54 MYT
Skuad hoki lelaki negara diundi dalam Kumpulan B saingan Piala Dunia Hoki Dalam Dewan 2025 yang akan berlangsung di Porec, Crotia pada 3 hingga 9 Febuari tahun depan.
Turut bersama Malaysia dalam Kumpulan B adalah Argentina, Jerman dan Iran.
Untuk rekod, skuad lelaki negara layak ke saingan Piala Dunia secara automatik buat kali pertama apabila melangkah ke final Piala Asia 2024 di Kazakhstan, Mei lalu selepas mengikat Iran 3-3 .
#Hoki #Piala Dunia Hoki Dalam Dewan
;