Piala Dunia: Eriksen luah keterujaan wakili Denmark di Qatar

Ammar Hakim
November 12, 2022 22:36 MYT
Christian Eriksen menyifatkan kemunculan semulanya sebagai 'luar biasa' ketika dia bersiap sedia untuk mewakili Denmark di Piala Dunia di Qatar.
Pemain tengah Manchester United itu mengalami serangan jantung pada Jun 2021 semasa perlawanan pembukaan Euro 2020 Denmark menentang Finland tetapi, kurang daripada 18 bulan kemudian, dia akan ke Qatar untuk kejohanan pertengahan musim.
Pada mulanya, ia tidak jelas sama ada dia akan dapat kembali ke bola sepak dan Eriksen dilepaskan oleh Inter kerana dia tidak dapat bermain bola sepak kompetitif di Itali.
Kembali ke Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama Brentford kemudian berpindah ke Manchester United, Eriksen meluahkan kegembiraan kembali beraksi di pentas tertinggi.
“Perkara pertama yang saya nyatakan secara terbuka ialah saya mahu kembali dan berpeluang berada di Piala Dunia dan masa yang berlaku antara masa itu sungguh menakjubkan,” katanya kepada Sky Sports.

Can’t wait to see this man back on the big stage ❤️?? @ChrisEriksen8 | @dbulandshold pic.twitter.com/5qLnSXF2sS

— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) November 8, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Hubungan yang dimiliki dalam pasukan sangat erat. Sebagai satu kumpulan, walaupun tanpa saya pasukan telah berkembang.
"Saya masih ingat hari-hari di mana tiada peminat di stadium dan kini tiket sudah habis dijual walaupun sebelum perlawanan diumumkan. Jadi, ia sungguh menakjubkan untuk menjadi sebahagian daripada pasukan Denmark.
"Denmark telah berubah berbanding kejohanan lalu [Euro 2020], kerana kejohanan terakhir yang kami lalui kami telah mara ke separuh akhir. Kini tekanan semakin meningkat untuk mendapatkan yang lebih baik daripada separuh akhir di Euro. Jadi, saya mahu berusaha pergi sejauh mungkin."
Denmark memulakan kempen Piala Dunia menentang Tunisia pada 22 November, kemudian menentang Perancis dan Australia dalam Kumpulan D.
#Manchester United #Denmark #Christian Eriksen #Piala Dunia #Piala Dunia Qatar