Piala Asia B-23: Stadium Abdullah bin Khalifa 'rumah baru' Indonesia

Daeng Dhadyry
April 26, 2024 08:08 MYT
Indonesia telah meraih kemenangan dalam semua ketiga-tiga penampilan mereka di Stadium Abdullah bin Khalifa, Doha bagi kempen Piala Asia B-23 2024.
Dengan rekod bersih kemenangan 100 peratus, Stadium Abdullah bin Khalifa dianggap bagaikan 'rumah baru' buat skuad Garuda Muda atau dalam erti kata lain bagaikan beraksi di laman sendiri.
Indonesia mencipta sejarah melangkah ke pusingan separuh akhir semalam selepas menewaskan Korea Selatan dengan kemenangan 11-10 pada penentuan sepakan penalti apabila keputusan terikat 2-2 dalam tempoh 120 minit permainan.

Assalamu'alaikum, semifinal! pic.twitter.com/OSBskdC2jX

— Timnas Indonesia (@TimnasIndonesia) April 25, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menariknya, perlawanan separuh akhir nanti juga bakal berlangsung di Stadium Abdullah bin Khalifa, untuk Indonesia berdepan cabaran Uzbekistan ataupun Arab Saudi yang akan berentap terlebih dahulu pada jam 10.00 malam ini, langsung di saluran Arena Bola 803HD.
Mampukah Indonesia meneruskan kempen menakjubkan mereka dalam debut di pentas Piala Asia B-23? Perlawanan separuh akhir bakal berlangsung pada 29 April nanti pada jam 10.00 malam.

? NEW HOME OF INDONESIA FOOTBALL Indonesia won all matches at Abdullah bin Khalifa Stadium ?The semi-final match between Indonesia and opponents Uzbekistan / Saudi Arabia will continue to be held at Abdullah bin Khalifa Stadium pic.twitter.com/F9q8aCMayQ

— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) April 26, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #Malaysia #Indonesia #Piala Asia B-23