Piala ASEAN: Kem negara masih buntu pilih pasukan

Muzaffar Musa
November 12, 2024 19:31 MYT
Ketua jurulatih Harimau Malaya, Pau Marti Vicente, belum dapat memutuskan skuad ke Piala ASEAN 2024 biarpun berbaki kurang sebulan sebelum kejohanan itu berlangsung.
Ia pada ketika seteru utama seperti Vietnam, Thailand dan Indonesia sudah membuat ketetapan masing-masing berhubung pasukan yang akan beraksi dalam kejohanan itu nanti.
Bagaimanapun, situasi sebaliknya buat kem negara kerana, yang dikhabarkan masih buntu untuk membuat keputusan sama ada akan menghantar skuad senior atau barisan pemain B-23.
Sememangnya, masa semakin suntuk buat pengendali dari Sepanyol itu untuk membentuk skuad ampuh ke Piala ASEAN tetapi itulah realitinya memandangkan kejohanan berkenaan diadakan di luar kalendar Persekutuan Bolasepak Antrabangsa (FIFA).
"Saya fikir ia akan ditentukan dalam masa terdekat kerana sudah pasti kami sedang menunggu kepastian mengenai kalendar liga tempatan," Kata Pau Marti kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.
"Apabila ia sudah ditetapkan, saya fikir kami sudah boleh bersedia mengenai pelbagai situasi.
"Apabila ia sudah ditentukan, kami akan mengumumkannya," katanya.
#bola sepak #Piala ASEAN #Pau Marti Vicente
;