Piala AMEC: Bagaimana mahu fokus jika kelab panggil pemain kembali -- Jurulatih Harimau Malaya
Saufi Tahir
December 12, 2024 09:51 MYT
December 12, 2024 09:51 MYT
Jurulatih Harimau Malaya, Pau Marti Vicente, tidak mahu menjadikan jadual padat yang terpaksa ditempuhi pemainnya dalam 12 hari terakhir sebagai alasan untuk mempamerkan aksi terbaik dalam Kejohanan Piala ASEAN Mitsubishi Eletric (AMEC) 2024.
Ini susulan beberapa kejohahanan yang masih berjalan serentak ketika kejohanan dwitahunan itu berlangsung hingga menyebabkan kelab terpaksa memanggil kembali tonggak utamanya untuk kembali memperkuatkan pasukan.
Keadaan terkini Syafiq Ahmad selepas perlawanan bertemu Timor Leste.Difahamkan mengalami kecederaan buku lali.Terlepas aksi bertemu Thailand di Bangkok? @ASTROARENA pic.twitter.com/VLbJVjVjEP
— Fadhirul Shuhaimi (@FadhirulS) December 11, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Skuad kebangsaan terpaksa bermandi peluh sebelum melakar kemenangan menewaskan Timor-Leste 3-2 yang berada di ranking ke-196 dunia itu dalam aksi Kumpualn A di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.
"Hari ini (malam tad) perlawanan yang sukar buat kami. Dua perkara yang terbaik buat saya adalah keputusan akhir dan apa yang kami dapat belajar dimana kami perlu berjuang untuk raih apa yang kami inginkan.
"Kami mempunyai pemain cedera ketika perlawanan berlangsung dan melepaskan dua gol tetapi pada akhirnya kami dapat mencipta kemenangan. Ini adalah kejohanan, jadi kemenangan sangat penting.
"Bagaimana kami mahu fokus dalam kejohanan antarabangsa apabila kelab memanggil semula pemain, jadi perkara ini sukar buat pemain dan saya rasa mereka sedang melakukan yang terbaik dengan keadaan ini.
Keputusan Masa Penuh Piala Mitsubishi Electric ASEAN 2024 | Rabu, 11 Disember 2024 MALAYSIA ?? 3-2 ?? TIMOR-LESTE ⚽️ Syafiq Ahmad 38' Paulo Josue 70' 83' ⚽️ Olagar Xavier 45'+1 João Pedro 45'+3#FAM #HarimauMalaya #MitsubishiElectricCup pic.twitter.com/XrNGys87Xv
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) December 11, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Kami akan ke Thailand untuk perlawanan seterusnya dan ini adalah minggu yang sukar seperti sebelum perlawanan pertama dimana pemain telah beraksi untuk kelab dua hari sebelum aksi pertama. Mereka telah beraksi empat ke lima aksi dalam 12 hari." katanya dalam sidang media selepas perlawanan malam tadi.